Takaful Dan Takafir
TAKAFUL DAN TAKAFIR
Peringatan ini buat rakan-rakan perunding takaful yang baru (boleh juga yang lama).
Semak kembali, sama ada Tuan-Puan menyertai syarikat takaful yang patuh syariah, atau syarikat insurans konvensional.
Sebab ada agensi yang katanya memasarkan takaful sahaja, tapi di bawah syarikat insurans konvensional. Dari segi hukum, jika kita memasarkan takaful sahaja, insyaAllah tidak terlibat dengan riba.
Jika Tuan-Puan menyertai agensi sebegini, Tuan-Puan perlu berhati-hati dengan produk yang dipasarkan supaya tidak ter”pasarkan” produk insurans konvensional.
Ada ejensi kumpulan yang bernaung di bawah syarikat insurans konvensional yang katanya memasarkan takaful sahaja, tidak mengambil berat aspek patuh syariah ini.
Ada juga kumpulan ejensi yang serius untuk memasarkan takaful sahaja, malah ada yang saya jumpa, setiap ejen baru yang berdaftar perlu membuat surat sumpah akujanji untuk tidak memasarkan produk insurans konvensional.
Sebab leader itu lahir dari syarikat insurans konvensional, dan diberi peluang untuk memasarkan takaful dari syarikat takaful anak syarikat kumpulan yang sama, maka kebarangkalian untuk ter”pasarkan” produk insurans konvensional itu ada.
Jika leader yang sedar akan isu patuh syariah, mereka akan berhijrah atau kekal tapi memasarkan takaful sahaja. Dan apabila group berkembang, untuk mengelakkan dapat overriding dari ejen di bawahnya menjual insurans konvensional, maka dibuat satu surat sumpah akujanji untuk hanya memasarkan produk takaful sahaja.
Jika yang tidak ambil endah, tidak akan menitik-beratkan aspek patuh syariah ini.
Malah ada yang masih beranggapan insurans dan takaful sama sahaja hukumnya. Ada yang siap menggunakan istilah sarkastik; “polisi hijau ini polisi takaful dan polisi merah ini polisi takafir”. Takafir merujuk kepada polisi insurans konvensional.
Berhati-hati, kawan…
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran