fbpx

Takaful Haji Vs Tabung Haji?

  • 8 years ago
  • 1Minute
  • 196Words
  • 578Views

Tahun 2016, masih ada ejen takaful guna sales idea macam ni.

logo-tabung-haji

1

Ejen takaful yang buat perbandingan sebegini, sama macam membandingkan antara nasi lemak dengan timun.

Cuba bayangkan peniaga Nasi Lemak Anak Dara buat jadual perbandingan antara nasi lemak dengan timun.

nasi-lemak

Dalam jadual perbandingan, nasi lemak mempunyai semua ciri di bawah;
– Nasi – ADA
– Timun – ADA
– Sambal – ADA
– Telur – ADA
– Kacang – ADA
– Ikan Bilis – ADA

Manakala apabila dibuat perbandingan dengan timun, maka semua ciri yang ADA pada nasi lemak jadi TIADA.
– Nasi – TIADA
– Timun – ADA
– Sambal – TIADA
– Telur – TIADA
– Kacang – TIADA
– Ikan Bilis – TIADA

wordpress

Nampak tak betapa janggalnya perbandingan dibuat?

Takaful Haji fungsi lain, Tabung Haji fungsi lain (walaupun dalam jadual di atas tidak ditulis perkataan Tabung Haji).

Malah, jika bandingkan simpanan dalam Tabung Haji dengan ROI 6% pun jauh berbeza dengan apa yang ditulis di atas.

Simpanan RM150 sebulan di Tabung Haji dengan pulangan 6% setahun boleh menghasilkan pulangan lebih RM100,000 dalam masa 25 tahun berbanding RM50,000 sahaja dengan Takaful Haji sebagaimana yang ditulis di atas.

Terima kasih kepada Tuan ZaYed Zulfikli yang up perkara ini tadi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebatang pen jenama X berharga RM1 dijual di kedai runcit.…