Takkan hilang Islam di Hagia Sophia
Takkan hilang Islam di Hagia Sophia!
Pemandangan daripada luar
Ia juga dikenali dengan nama Aya Sophia (Bahasa Yunani: Ἁγία Σοφία); Hagia Sophia (bahasa Turki: Ayasofya; bahasa Arab; آيا صوفيا.)
Budak-budak ni kecil-kecil lagi dah pandai cakap bahasa Turkiye
Ia berasal daripada perkataan Yunani: Ἁγία Σοφία, “Hikmah Suci”; bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia)
Allahuakbar!
Antara monumen yang dianggap teragung dan tercantik di dunia dan mempunyai sejarah tersendiri dan unik.
Subhanallah
Asalnya sebuah gereja pada zaman pemerintahan Byzantine dan menjadi yg terbesar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun.
Memang cantik dan kacak suasana di dalam Hagia Sophia
Selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyah, Sultan Muhammad al-Fatih telah menukar Gereja Ortodoks Bizantium ini menjadi masjid.
Dari sudut lain
Ia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki, ketika di bawah pemerintahan Mustapha Kamal Attarturk.
Tahun 2020 menjadi momen bersejarah buat umat Islam apabila ia dibuka kembali sebagai masjid untuk umat Islam bersolat, oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Menyelami perasaan kepahlawanan Sultan Muhammad Al Fateh….
Simbol salib yang terdapat di bahagian atas bangunan ini masih boleh dilihat sebagai kesan sejarah. Berdasarkan maklumat daripada warga Turki yang membawa kami ziarah ke sana, alim-ulama Turkiye berijtihad bahawa solat di situ sah walaupun terdapat simbol salib kerana umat Islam bersolat menghadap kiblat ke arah hadapan, bukan melihat ke atas.
Buku BMW pun turun mengembara
Wallahua’lam.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran