Teknologi Dan Fintech Merubah Masa Depan Bisnes
20 tahun lepas, penggunaan faks dan pos telegram adalah cara terpantas untuk menghantar dokumen dan surat penting.
Sekitar pengunjung 90-an, teknologi e-mel yang mesra pengguna mula dipopularkan sehingga faks dan telegram mula ditinggalkan sedikit demi sedikit.
Hari ini kedua-dua perkhidmatan ini sudah hampir pupus apabila digantikan dengan teknologi-teknologi media sosial baru.
Masa, kualiti dan kos yang membezakan antara faks / pos telegram dengan e-mel.
20 tahun lepas, manusia merakam gambar menggunakan kamera memerlukan filem atau lebih popular dengan panggilan “Kodak”.
Kini selepas 20 tahun, syarikat Kodak yang pernah menjadi trend-setter industri kamera hampir tidak releven lagi hanya kerana mereka kekal konsisten dengan model bisnes asal mereka.
Kamera digital mengubah landskap industri kamera apabila “Kodak” tidak lagi diperlukan dalam merakam gambar dan proses cetakan juga diambil alih oleh mesin cetak (printer) yang boleh diguna dari rumah.
Jika dahulu ketika menggunakan kamera berkodak; pengguna mengambil masa kira-kita 3 ke 7 hari untuk mencetak gambar di kedai gambar – itupun hanya selepas kesemua filem negetif digunakan dengan kebarangkalian ada gambar yang rosak. Tapi hari ini ia boleh dilakukan dalam masa beberapa minit malah beberapa saat dengan hanya di rumah!
Sekali lagi – masa, kualiti dan kos yang membezakan antara kamera berkodak dengan kamera digital.
15 tahun lepas, Nokia menjadi rebutan pengguna telefon bimbit dengan puluhan model yang trendi dan mempunyai pelbagai pilihan daripada remaja, eksekutif hingga ke bisnesman.
Selepas 15 tahun CEO Nokia menangis apabila Nokia sudah tidak lagi berada dalam main-stream industri telefon pintar dengan katanya “”Kami tidak melakukan sesuatu kesalahan, tapi saya tidak tahu mengapa kami kalah”.
Teknologi telefon bimbit daripada Apple dan diikuti rapat oleh Samsung meninggalkan Nokia jauh di belakang bersama tangisan CEOnya.
Malah, jika sebelum 10 tahun lalu kamera digital menggantikan kamera berfilem, dalam masa 10 tahun terkebelakang ini juga, fungsi asas kamera digital digantikan dengan fungsi kamera dalam telefon pintar.
10 tahun lalu industri telekomunikasi di Malaysia yang diterajui Celcom, DIGI dan Maxis mempromosi plan-plan mereka yang menekankan kos panggilan dan SMS yg murah.
Hari ini, SMS sudah hampir tidak releven dan hanya tinggal panggilan sahaja yang masih sedikit releven buat pengguna telefon.
Kemunculan teknologi media sosial terutama Whatsapp, Telegram, Facebook Messager mengubah landskap industri telko. Mujurlah Celcom, Maxis, DIGI cepat-cepat sedar dgn menawarkan plan-plan yg fokus kpd data plan.
SMS semakin kurang berfungsi dengan diganti dengan telegram dan whatsapp. Tidak mustahil akan datang fungsi panggilan telefon juga semakin tidak releven apabila panggilan dan teleconference dapat diadakan melalui media sosial semakin mudah.
Sekali lagi- masa, kualiti dan kos yang memberi pukulan KO kepada Nokia dan SMS.
5 tahun lalu, teksi masih merupakan pengangkutan awam alternatif yang cepat dan mudah diakses pengguna dengan bayaran yang lebih tinggi berbanding bas, komuter, LRT.
Hari ini, sekali lagi menerusi teknologi UBER ia merubah penduduk-penduduk di kawasan urban menanggapi teksi.
5 tahun lepas, kepercayaan kita ialah teksi hanya boleh diperolehi apabila kita menunggu di tepi jalan atau di perhentian teksi tapi hari ini ia berubah sama sekali – hanya perlu tunggu di hadapan telefon bimbit!
Apakah faktornya? Sekali lagi MASA, KOS dan KUALITI.
Inilah yang pengguna mahukan.
Sebagai bisnesman, kita perlu melihat keperluan pelanggan sebagai cabaran, bukan halangan.
Dalam kes Kodak, Nokia, Whatsapp, Telegram, hingga ke Uber – satu pengajaran untuk bisnesman ialah kita perlu dinamik dan jangan statik.
KINI, FINTECH BAKAL MERUBAH MASA DEPAN INDUSTRI KEWANGAN
Terkini ialah FINTECH, kalimah baru yang kita dengar beberapa bulan kebelakangan ini, akronim Financial Technologi.
Di Malaysia kita sudah lihat ia berlaku pada skala kecil.
15 tahun lepas, urusan perbankan perlu dilakukan di kaunter ataupun paling cepat di mesin ATM.
Proses pemindahan wang dari satu akuan ke satu akaun, memerlukan pergerakan fizikal ke kaunter untuk mengisi borang. Oh ya, sebelum itu perlu mengambil nombor giliran terlebih dahulu. Paling cepat pun menggunakan mesin ATM, itupun masih perlu beratur.
Kira-kira 10 tahun lepas, Maybank memperkenalkan internet banking Maybank2u, ramai juga yang skeptikal terutama dari aspek keselamatan.
M2u dan internet banking mengalami evolusi yang pantas sehingga hari ini ia menjadi begitu releven dan diekori rapat oleh CIMB dgn CIMBClick-nya dan bank-bank lain.
Dalam kes ini, sekali lagi MASA, KUALITI dan KOS yang menjadi pemangkin pertumbuhan internet banking.
Makin lama makin lama, teknologi ini semakin mendapat tempat dan ia tidak semestinya dipelopori oleh gergasi industri kewangan seperti perbankan, syarikat takaful, syarikat insurans, syarikat unit trust dan lain-lain.
Ia wujud dalam bentuk website, aplikasi smart phone, gajet dan lain-lain.
Tidak mustahil akan datang, masyarakat sudah tidak perlukan lagi berurusan dengan pegawai bank untuk membuat permohonan fasiliti bank seperti pembukaan akaun, permohonan pembiayaan perumahan atau kereta.
Juga permohonan kad kredit, hanya perlu berurusan di hadapan komputer atau smart phone dan kad akan dipos ke alamat rumah.
Tidak mustahil juga peranan ejen dalam bisnes takaful, insurans dan unit trust semakin minima dan digantikan dengan aplikasi smart phone.
Atau tidak mustahil juga kad kredit sudah tidak lagi releven dan digantikan dengan matawang digital! Siapa tahu bukan?
Sekarang pun sudah ada beberapa website yang dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai fungsi perbandingan produk-produk dan fasiliti-fasiliti kewangan yang ada di pasaran, seperti website I-Money.
Juga website MyEg yang dibangunkan beberapa tahun lalu kini menjadi pesaing hebat kepada ejen-ejen takaful dan insurans am yang semakin lama semakin hilang bisnes mereka.
Sekarang pun sudah wujud satu aplikasi yang menggegarkan dunia kewangan, namanya GetCover. Belum pun aplikasi tersebut dilancarkan secara rasmi sudah banyak gosip-gosip tentang aplikasi ini.
Ia pernah saya kongsikan dalam tulisan sebelum ini dihttps://afyan.com/get-cover-malaysia-1st-mobile-application-…
Malah beberapa hari ini kecoh tentang penutupan secara besar-besaran cawangan-cawangan bank-bank besar dan terkemuka di Malaysia.
Soalan; Jadi apakah persediaan untuk pemain-pemain dalam industri kewangan, terutama ejen-ejen takaful, ejen insurans, ejen unit trust, pegawai pemasaran bank, pegawai pemasaran kad kredit dan lain-lain yang seangkatan?
Jawapan; Upgrade diri dengan ilmu dan pengalaman. Jika kita masih lagi seperti ejen biasa yang bersepah dalam pasaran yang hanya sekadar salesman, kita akan semakin tidak releven apabil teknologi mengambil alih. Tapi jika kita mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas, sentuhan emas kita tidak dapat diganti dengan teknologi.
Afyan Mat Rawi, IFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran