Testimoni – Puan Khadijah

Tingalkan kerja mengasuh, mula fokus pada income RM9ribu

Saya dulu seorang suri rumah yang mengasuh anak-anak jiran berjumlah 7 orang. Suami pula penjawat awam. Anak kami ada 5 orang, cucu pula dah 2 orang.

Anak 2 orang di IPTA. Satu di UUM. Satu lagi di USM. Kos kami untuk support anak-anak sangat banyak.

Suami ada simpan hajat nak ada satu bisnes baru. Suami tanya apa bisnes kita nak buat? Saya jawab InsyaAllah sampai masa Allah akan hantar, itulah yang akan kita buat.

Satu hari tu saya tengok TV Al-Hijrah. Saya nampak Tuan Afyan dalam program bual bicara. Saya memang tak suka tengok program bual bicara ni sebab biasanya akan cerita yang indah-indah saja. Yang tak elok tu dia tak cerita.

Tapi cara pendekatan beliau untuk terangkan takaful tu saya rasa lain. Beliau meletakkan diri di tengah antara ejen dan klien. 

Jadi bila beliau letakkan diri di tengah, beliau tak masuk di sebelah ejen mahupun klien. Saya rasa beliau lebih jujur. 

Jadi kebetulan hari tu beliau ada share nak buat satu program dipanggil Klinik Takaful. Akan dibuat pada April. Saya pun ambil gambar kat TV tu.

Kemudian skodeng FB beliau untuk tengok siapa dia Afyan Mat Rawi ni? Saya skrinsyot copywriting beliau di FB dan saya share pada suami. Masa tu suami di ofis.

Lepas tu suami tanya ambil mana semua ni? Saya pun terangkan semuanya.

Dari Penang turun ke KL

Dipendekkan cerita, kami ke KL untuk training Klinik Takaful tu. Lepas training suami kata nak join Tuan Afyan.

Tuan Afyan punya kaedah beliau bagi orang ilmu. Jadi klien tu akan ambil dengan kita atas ilmu dan ambil dengan kemampuan dia. Bukan dia ambil atas keputusan ejen.

Pada Jun 2019 dapat kod ejen. Kami pun buat all out tanpa disuruh-suruh, tanpa dipaksa-paksa. Kita buat semua dan hadir training.

Tahun pertama buat takaful dengan kereta Axia kami bergerak. Kalau pergi servis kereta, pomen tu akan tepuk dahi. Dia pening tengok mileage banyak sangat.

Kami ke Perlis, ke Langkawi, ke Kelantan, ke KL, ke Terengganu untuk jumpa klien.

Bayangkan saya jaga anak jiran pada masa sama saya bantu suami buat sales. Putaran kehidupan tu sangat-sangat berubah. Alhamdulillah sales kebabom!

Sales mula meningkat

Lepas 9 bulan pencapaian agak luar biasa. Sales banyak berlaku pada hujung minggu. PKP 1, masa tu komisen dah RM2,000 ke RM3,000.

Suami kata tak payah asuh budak lagi dan fokus dengan takaful. Income mengasuh RM2,000 sebulan. Takaful dah RM3,000 sebulan.

Setiap kontes yang dibuat Takaful IKHLAS atau Tuan Afyan sendiri saya sapu bersih, tak tinggal satu pun.

Sekarang kena fokus online sebab nak keluar jumpa orang dah tak boleh sebab PKP. Klien saya satu semenanjung. 100% close by Whatsapp. 

Komisen sekarang dah RM8,000 – RM9,000 sebulan. Cash reward Takaful IKHLAS hampir RM10,000 saya dapat.

Saya dapat ke Bandung, Thailand, Pulau Perhentian dan lain-lain.

Alhamdulillah tahun ni dah pakai Proton X70. Kadang-kadang bila duduk dalam kereta tu air mata pun turun.

Puan Khadijah
Perunding Takaful – INFAQ Consultancy

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com