fbpx

Throwback Padu: Abon, Adam AF dan Fenomena Realiti TV dalam konsert KRU

  • 2Minutes
  • 257Words
  • 13Views

Konsert KRU ni berapa hari sebenarnya?

Tadi tertonton video Konsert KRU memainkan lagu Yang Terhangat Di Pasaran.

Rasanya beberapa hari lepas dah tertonton satu lagi rakaman, masa tu muncul Adam AF. Persembahan yang betul-betul mengimbau kenangan era awal 2000-an, waktu KRU berkolaborasi dengan artis baharu untuk tarik peminat generasi baru.

Tapi tadi yang paling padu, tadi muncul pula Abon! Ya, Abon yang dulu muncul dalam klip video asal lagu ni, dengan watak ‘artis segera’ yang penuh gaya tapi kosong tersingkir awal. Ytjt…

Kemunculan dia atas pentas dalam konsert terbaru ni, terus buat otak ter-flashback ke zaman fenomena artis mi segera.

Lagu ini muncul ketika fenomena TsuMawi melanda Malaysia apabila Mawi muncul juara Akademi Fantasia musim ke-3.

Lirik ni betul-betul menyindir rancangan realiti TV. Ironinya lagu ini turut dinyanyikan oleh Adam AF yang juga keluaran AF.

Siapa yang masih ingat Adam ketika menjadi peserta AF, dikenali sebagai peminat tegar KRU. Dalam biodata Adam, semua artis kegemaran, penyanyi kegemaran, pelakon kegemaran, pengarah kegemaran, ditulisnya KRU.

Dalam video klip lagu berkenaan menampilkan Abon sebagai watak salah seorang peserta Top 5 dalam rancangan Jantan Macho La.

Itulah yang menjadikan kemunculan Abon betul-betul mengimbau kenangan!

KRU berani, mereka tak cuma jual muzik, mereka jual idea dan satira dalam bentuk lagu.

Ternyata berapa kerat sahaja artis mi segera yang pernah dilahirkan dalam pelbagai rancangan realiti TV yang masih bertahan.

Kena letak disclaimer siap-siap, saya bukanlah peminat KRU. Tak pernah beli pun album KRU. Konsert ni pun saya tahu dari medsos.

Saya Afyan Mat Rawi dan saya peminat nasyid 😌

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi tertonton satu live seorang penjual emas. Harga asal RM35…