fbpx

Tips hemat kos semasa zaman universiti

  • 12 months ago
  • 3Minutes
  • 517Words
  • 348Views

Melihat berita ini, saya teringat zaman susah payah semasa belajar di universiti.

1. Beli periuk nasi elektrik, untuk masak nasi sendiri. Jadi dapat jimat. Masa tu tinggal di hostel universiti yang melarang pelajarnya pakai periuk nasi. Beli pakat-pakat dengan kawan. Masa cuti sem, periuk nasi tu kena curi. Huhu… Mungkin kafarah sebab langgar undang-undang.

2. Kalau beli nasi, mesti asing dengan lauk dan kuah. Bubuh nasi penuh dan mampatkan polisterin sampai menimbun. Sebab, makcik kantin kira harga sama sahaja nasi tu satu polisterin, tak kira banyak atau sikit.

3. Kalau beli lauk, beli satu atau dua lauk sahaja dan banyak, berbanding banyak lauk tapi sikit-sikit. Makcik kantin akan kira satu lauk, satu harga satu. Jadi rugi kalau beli banyak lauk tapi sikit-sikit. Errr… Faham ke?

4. Biasa juga makan dalam talam dengan roomate. Buat tabung beli lauk, nasi masak sendiri.

5. Tak beli air. Air buat sendiri. Bayangkan beli sepaket Nescafe RM3 kalau tak silap harga masa tu, boleh buat air banyak kali. Berbanding beli segelas Nescafe harga RM1 ke RM2. Sampai sekarang saya amalkan perkara ni. Banyak jimat oooo…

6. Tak beli jajan, makanan ringan, air kotak, gula-gula. Rugi duit sahaja.

7. Tak pergi makan di restoran luar, kecuali pasar malam. Makan di kantin hostel pun dah cukup bagus. Hanya bertukar-tukar kantin hostel untuk dapatkan menu berbeza.

8. Goreng nasi guna perencah Adabi pakai periuk elektrik. Sampai hitam bahagian dalam periuk tu. Ada juga makan nasi gaul dengan perencah tu. Tak goreng pon sodap!

9. Beli telur satu papan. Kemudian goreng telur pakai periuk nasi. Atau goreng sekali dengan nasi goreng tadi. Pernah juga cuba pakai seterika. Memang percubaan berani mati.

10. Saya ada perbezaan dengan tipikal mahasiswa lain dari sudut makanan.. First, Meggi yang menjadi kegemaran student dari dulu sampai kini. Saya memang diajar daripada kecil oleh kedua-dua ibu bapa bahawa Meggi tak bagus, dan ia kekal sampai sekarang. 2nd, burger. Saya rasa burger mahal dan tak mengenyangkan. Baik beli nasi dengan harga yang sama.

11. Balik cuti, bawa bekal serunding daging dari kampung. Ia tahan lama. Setiap kali makan nasi, bekal tadi buat lauk. Kadang jadi lauk tambahan. Kadnsg jadi lauk utama. Tapi banyak kali jadi lauk utama.

12. Bulan Ramadhan paling best. Jimat belanja buka puasa dengan aktiviti jalan-jalan cari masjid setiap petang. Lepas maghrib, balik. Solat tarawih kat hostel. Huhu… Ya Allah, ampuni dosa ku dan kawan-kawanku…

Hidup adalah apa yang kita pilih. Ya, memang kita tak dapat kawal harga barang, tapi kita boleh kawal apa yang kita beli dan makan.

Kewangan bukan hanya semata berkenaan tentang pendapatan, tapi tentang mindset dan habit.

Sebenarnya majoriti masalah kewangan bukanlah berpunca daripada kos sara hidup hidup, tapi kos gaya hidup.

Saya ada kongsikan perkara ini dalam buku Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E.

Tajuk je acah-acah English tapi konten dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Detail buku dan kandungan di www.bukuFIRE.com. Kalau nak baca sampel percuma pun boleh klik link ini

www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com

Alhamdulillah, tabiat yang diamalkan sejak zaman belajar dulu masih terbawa-bawa hingga sekarang dan sangat membantu kewangan.

Kalau ada kawan-kawan sama belajar dulu, boleh munculkan diri sebagai saksi 😄

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Betul ke pelaburan emas ni dijamin untung? Kalau dijamin untung,…