fbpx

Tok Guru Nik Aziz Tokoh Kewangan Islam

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 283Words
  • 768Views

Negara kehilangan tokoh ulama yang disegani kawan dan lawan, Dato’ Bentara Setia Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bukan hanya tokoh siasah. Beliau bukan sebarangan tokoh.

Beliau menyokomg sistem kewangan Islam, perbankan Islam dan takaful ketika orang lain memomok-momokkan perbankan Islam mahal, perbankan Islam menindas, sama sahaja perbankan Islam dengan konvensional dan lain-lain.

Beliau memindahkan semua perbendahaan kerajaan negeri Kelantan dari perbankan konvensional ke perbankan Islam. Beliau menghijrahkan wang di dalam perbendaharaan negeri Kelantan dari sistem riba kepada sistem patuh syariah yang bebas riba.

Riba ialah sebesar-besar dosa di dalam al-Quran, iaitu mengisytiharkan perang terhadap Allah.

Detik bersejarah pada tahun 1990 itu sangat memberi impak kepada industri perkhidmatan kewangan Islam apabila PAS mengambil alih kerajaan Kelantan dari BN, hingga sekarang.

Jika sebelum itu hanya akaun-akaun peringkat kawasan dan cawangan PAS sahaja yang menggunakan akaun di perbankan Islam, kali ini satu kerajaan negeri membuat perubahan besar-besaran.

Perkara ini hanya mampu dilaksanakan apabila kuasa politik berada di dalam tangan orang-orang yang komited dengan Islam.

Sumbangan ini sangat besar impaknya kerana selepas itu satu persatu perbankan Islam dan takaful muncul yang sebelum itu hanya ada Bank Islam dan Takaful Malaysia sahaja.

Jika ulama sehabat beliau menyokong sistem perbankan Islam, siapa kita untuk mencemuh perbankan Islam, mempertikaikan perbankan Islam, menyerang perbankan Islam membuta tuli, mengatakan perbankan Islam sebagai agenda Rostchild, menuduh ulama perbankan Islam sebagai ulama dollar, mengatakan wang kertas bukan item ribawi dll.

Moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan pahala beliau memperjuangkan muamalat Islam dan menentang riba berterusan.

Dan sekarang giliran kita untuk menyambung perjuangan beliau.

Baca juga tulisan Sdra Pakdi ini http://www.pakdi.net/kejayaan-paling-bererti-saya-keluar-dari-riba-tg-nik-abdul-aziz/
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya, utk membuat semakan awal sesuatu skim / pelaburan yang…