fbpx

Tragedi Putra Heights: Apabila tanah dituduh, manusia dibebaskan

  • 2Minutes
  • 226Words
  • 12Views

Akhirnya, selepas siasatan rapi selama beberapa bulan, pihak berkuasa mengumumkan punca sebenar tragedi letupan gas di Putra Heights.

Bukan kecuaian.

Bukan sabotaj.

Bukan kegagalan teknikal.

Tetapi… tanah lembut.

Ya, anda tidak silap baca.

Tanah.

Lembut.

Bawah.

Permukaan.

Pihak siasatan mengenal pasti tanah itu telah sekian lama menyimpan dendam.

Sejak 25 tahun lalu, tanah tersebut dilaporkan mendap sedikit demi sedikit, menunggu masa yang sesuai untuk melepaskan amarah.

Dan pada 1 April 2025 ketika umat Islam menyambut Syawal, ia meledak.

Rakyat terkejut.

Netizen terpinga-pinga.

Tanah pula… masih diam, langsung tidak beri kenyataan media.

Apabila ditanya siapa yang meluluskan pembinaan atas tanah yang lembut itu, semua menuding ke arah… tanah itu sendiri.

Tanah disalahkan kerana terlalu lembut.

Bukan jurutera.

Bukan pemaju.

Bukan perancang bandar.

Ada yang mula khuatir dengan fenomena ini.

“Lepas ni kalau bumbung bocor, mungkin salah awan.”

“Kalau siling runtuh, mungkin salah angin.”

“Kalau longkang sempit, mungkin salah air hujan terlalu degil.”

Nampaknya, zaman sudah berubah.

Dalam dunia moden ini, kita bukan lagi salahkan manusia.

Kita salahkan tanah.

Kerana tanah tidak boleh menjawab.

Paling menyentuh hati, tiada siapa ditahan.

Tiada siapa disoal siasat.

Tiada siapa perlu bertanggungjawab.

Kecuali, ya… tanah itu.

Tanah lembut.

Yang selama ini diam, patuh, dan hanya menyokong apa sahaja dibina di atasnya.

Kini, dia jadi suspek utama.

Mungkin selepas ini tanah-tanah seluruh negara akan dipanggil ke balai.

Untuk siasatan lanjut.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Panas dari ladang! - Lima individu termasuk seorang bergelar Datuk…