fbpx

Travelog Seorang Penyontot Profesional

  • 8 years ago
  • 4Minutes
  • 748Words
  • 665Views

Ingat Senang Jadi Penyontot?

Meh aku nak habaq dekat hangpa semua. Ingat senang ka jadi penyonot aka scammer aka sontoter?

Aku ni taklah banyak sangat pengalaman. Tapi pernah la menyontot dari zaman Infinity Downline, Swishcash, Geneva Gold, hingga ke zaman Tok Belagak, YSLM, MeccaFund, dan yang terkini Highway.

Sekarang aku masih aktif dalam sebuah program guna nama sahabat Nabi.

Siang malam aku dan geng aku kena fikir strategi sontot seterusnya.

Siapa yang akan disontot?

Kat mana nak sontot?

Nak sontot berapa banyak?

Apa idea untuk menyontot?

Ingat senang ka!?

Hangpa hanya nampak kami untung dengan duit sontot, tapi hangpa taktau betapa susahnya kami berusaha bersungguh-sungguh menjadi penyontot berjaya.

Mana ada kursus mengajar jadi penyontot? Mana ada universiti ajar student menyontot? Ilmu sontot-menyontot ini bukan ilmu mudah untuk dipelajari.

Bayangkan hari-hari kami menerima rejection dari orang ramai.

Orang duk kata kami menipu, orang duk kata kami scammer dan lain-lain.

Tapi kami tetap tebalkan muka, pekakkan telinga menghadapi semua itu.

2

Kemudian, kami perlu studi juga hujah-hujah guna terma-terma islamik seperti wakalah, hibah, wadiah, baqarah dan lain-lain supaya lebih mudah kami mendapat ahli baru.

Produk-produk yang kami jual, kami perlu studi pula bukti-bukti sains untuk membuktikan produk kami betul-betul berkesan.

Cuba korang bayangkan, kami terpaksa menjadi lebih hebat daripada seorang Ustaz dan ulama dalam masa sama kami perlu lebih hebat daripada doktor dan saintis?

Kadang-kadang kami pakai istilah Sheikh, Al-Fadhil, Tok Guru supaya nampak alim. Juga kadang-kadang guna nama sahabat nabi macam Abdul Rahman Auf.

Kemudian kami terpaksa guna istilah Dr, PhD, Prof, dan lain-lain. Ada yang terpaksa beli PhD dekat University Of Ontahlah. Susah wooo…

Bukan senang nak mempengaruhi orang lain dengan hanya minum kopi kami, makan produk kami, pakai alat kami dapat menyembuhkan buah pinggang, kencing manis, sakit jantung, sakit hati, mati pucuk sekaligus?

Ingat senang ka?

Benda-benda gini tak diajar kat sekolah, kolej, universiti tau?

Kami perlu belajar sendiri.

Try n error dari hari ke hari.

Kemudian, apabila orang dah mula join kami perlu rolling-rolling duit tu dari atas sampai bawah supaya sentiasa dapat bayar orang yang masuk lebih awal.

Benda gini, pakar-pakar ekonomi dunia pun tak dapat buat!

Ingat senang nak bagi return sebulan 20%??

Ada yang bagi mingguan 10%!!!

Ada juga yang bagi secara harian 2-3%!!

Hang ingat senang?

Pakar pelaburan tahap dunia pun tak mampu nak buat. Cuba tanya Warren Buffet, Benjamin Franklin pun tak mampu tau?

Apatah lagi kalau Tabung Haji, PNB, 1MDB pun lagi tak mampu.

Tapi kami mampu!

Itulah yang membeza kami semua para penyontot dengan mereka semua.

Ingat senang jadi penyontot?

Kemudian, datang pula hero-hero seperti Azizi Ali, Afyan Mat Rawi, Khairul Ezuwan, Lokman Hakim dengki dengan kami.

Mereka semua ni terpaksa kami hadapi. Terpaksa kami sediakan hujah-hujah untuk membuktikan skim kami memang skim yang tulen.

Untuk golongan macam tu, kami terpaksa aturkan strategi untuk membina persepsi bahawa mereka semua tu dengki dengan kami.

Kami akan kata bisnes mereka tak laku. Jual buku, jual training, jual ASB, jual rumah – tak laku dan tak mampu nak beri pulangan tinggi macam kami.

Juga kami akan kata mereka ialah ejen Yahudi.

Itu tak masuk Ustaz Zaharuddin, Ustaz Azman Mohd Noor, Ustaz Sufyan, Ustaz Lariba yang tak habis-habis kata kami riba.

Untuk kes macam ini, mujur kami ada ustaz-ustaz kami yang grad dari Mesir, Jordan yang sama geng dengan kami.

Dapat kami gunakan mereka untuk cari hujah balas. Selalunya kami akan dapati Ustaz-ustaz tadi tak habis belajar sebab dalam ilmu muamalat ni ada banyak khilaf yang hanya Ustaz kami yang tahu.

Ada pula beberapa page macam PW, SNTM yang mula membongkar kegiatan kami dan kata kami menipu.

Untuk page begini, mudah sahaja.

Kami hantar keyboard worrior kami untuk lawan di page. Juga kami pun buat page lawan dan anti kepada page-page tadi.

Ingat senang jadi penyontot?

Kemuncaknya, kami terpaksa berhadapan dengan pihak berkuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, SKMM, KPDNK, JAKIM.

Setakat watchlist BNM kami tak hairan pun. Bukan blacklist pun.

Kalau setakat kena tarik lesen, kami apply baru guna nama baru.

Kalau kena fatwa haram oleh JAKIM pun, kami boleh tukar nama baru.

Kemudian kami taja program-program Islamik supaya menambah keyakinan pelabur dan peserta yang mulai goyang.

Dapat masuk TV, akhbar, majalah – kemudian kami kata “Takkan program scam masuk TV?”.

Ingat senang jadi penyontot?

Itu sahajalah confession aku setakat ini.

Nak sambung lagi kerja-kerja menyontot di hujung minggu.

Ada open house banyak hari ini, boleh dapat ramai prospek baru. Semalam ada orang nak masuk 2.6 bilion.

Kbai.

—–

DISCLAIMER: Memandangkan tiada penyontot / scammer / sontotee yang sudi berkongsi confession, maka saya cipta confession berdasarkan imaginasi sendiri 🙂 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Gendang akhirnya dipalu (walaupun silap eja nama) Akhirnya selepas setahun,…