fbpx

‘Uninstall’ FB dan ‘Left’ WhatsApp; Fokus Ibadah Di Tanah Suci

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 184Words
  • 390Views

Ketika saya menunaikan haji tahun lepas, yang maklum hanya sanak-saudara dan rakan-rakan terdekat.

Kemudiannya, saya uninstall FB dari telefon sehingga pulang kembali ke Tanah Air.

Saya memang ada “penyakit” ketagih FB. Adeh…

Jadi untuk mengelakkan penyakit itu membarah di Tanah Suci, saya uninstall FB dari phone. Cuma kadang-kadang terlogin juga guna browser.

Selepas beberapa hari, saya left banyak WhatsApp group, kecuali group keluarga dan beberapa group penting.

Group alumni, group usrah, group batch, group rakan universiti, group rakan sekolah, dan sebagainya saya left. Tinggal beberapa group yg sangat personal dan penting. Sebelum left, saya maklumkan situasi saya supaya tiada yang berkecil hati.

Jadi dengan “ketiadaan” FB, saya tidak akan mengemaskini status FB dan tidak perlu membaca komen serta meng-reply-nya.

Yang bagus juga, saya ada alasan kukuh untuk left beberapa group yg memang saya tak seronok berada di dalamnya dan selepas pulang saya tidak dimasukkan kembali. Hahahaha.

Penyakit “ketagih FB” itu tidak melarat ketika di Tanah Suci dan menjangkiti saya kembali apabila saya balik ke Malaysia.

Sehingga kini.

#MemoriHaji1438

Afyan Mat Rawi
Alumni Haji Maktab 86 1438,
Hotel Fajar Badie 4, Makkah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Satu-satunya pasaraya besar yang boleh menjadi one-stop-centre keperluan ibadah haji…