Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
 Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Saya pernah membuat tinjauan rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu†atau “daging kambingâ€.
Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?â€
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiadaâ€.Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?â€.
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.Â
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves.
Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!  Â
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
www.BukuFIRE.com
Like this:
Like Loading...
About Author
Afyan
AFYAN merupakan seorang trainer dan perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) di INFAQ Consultancy dan terlibat dalam bidang perkhidmatan kewangan sejak tahun 2003 hingga sekarang.
Klik “Tentang Saya” untuk detail.
Ikuti beliau di
Facebook |
Instagram |
Telegram |
Twitter |
Youtube |
TikTok |
Whatsapp
Memang patut ada senarai mamak-mamak halal, haram & halam atau was-was.
restoran taqwa sri gombak confirm muslim..banyak kali jumpa tokey dia sembahyang jumaat..
salam ukhwah…minta izin artikel saudara tuk saya sebar kat FS n bllog saya…actualy,saya pon tefikir gak dan artikel2 ini betul2 berguna..islam untuk semua..salam =)
Silakan kipaslipas2020, tapi kredit la kepad blog ni ye 🙂
Izinkan saya memetik entri ini sebagai update kajian terbaru http://www.bisnesmamak.wordpress.com
Ini satu perkara yang perlu disebar-sebarkan.
ZAMRI MOHAMAD
Silakan Tuan Zamri, tiada masalah 🙂
kalau saya tak baca entri ni, tak tahu saya tentang kedai mamak ni…..baru ni jln2 ke KL ngan family, asyik makan kedai mamak aje….tah2 dah termasuk ke kedai mamak yg serve ayam je…
terimakasih tuan blog atas info ini……sgt b’guna.
ko cerita berapi jer berlagak macam alim sangat
2 tengku din:
apa masalahnya bro afyan nak cerita benda yang betul.. nak ambik ke tak terpulang lah….
btw, this’s a great topic.
Kasyah, terima kasih kerana sudi membela 🙂
nice article.. tq for sharing…memang kene war2 kan pon bende2 ni kan…
Nurtilawati,
Silakan untuk diwar-warkan. Kreditkan sekali sumebr daripada blog ini ye 🙂
aku bersetuju dengan artikel blog ni. Mmg panas hati la bila golongan begini mempergunakan agama Islam untuk menarik pelanggan Islam ke kedai mereka ni. Kat area rumah aku ade satu kedai name restoran sherinnah kat melaka. Tokey mmg india. Ramai btul org islam mkn kat situ just sebab ade tulisan khat bismillah kat papan tanda perniagaan dia.
Tp rasenya tak leh kate yg restoran india ni tak jual langsung daging. Ade segelintir tu still jual. Ape dia peduli kat tuhan dia? Yg penting untungggg.. So kite perlu consider beberapa kriteria yg lain untuk sahkan kedai mkn tu mamak muslim atau india berlagak muslim.
admin_api,
Tuan ada apa-apa tips kalau nak kesan kedai memak ori atau mamak celup ni, selain daripada teknik yang saya gunakan?
Kalau ada, boleh kongsi di sini.
salam tuan rumah. saya copy ye artikel walaupun da lama da publish. baru tahu pasal ni. terima kasih la kongsi info ni. saya akan kreditkan page tuan rumah 🙂