Nak perjuang isu underpaid? Silakan, tapi biar hujah yang matang

Saya sokong mana-mana pihak yang perjuangkan isu underpaid.
Di Malaysia, memang banyak kerjaya yang underpaid, sama ada kerjaya profesional atau tidak.
Tapi itu bukan bermaksud kita telan bulat-bulat semua hujah yang dikemukakan.
Ada juga hujah yang kurang relevan dan tak kukuh.
Contohnya jika ada yang bandingkan kerjaya profesional dengan kerjaya tukang paip, nampak agak kelakar.
Sama juga situasi apabila ada orang sindir ejen takaful boleh dapat komisen besar, daat melancong ke luar negara, saya jawab mudah:
“Kalau rasa senang sangat bisnes takaful, jadilah ejen takaful”
Begitu juga bila ada ejen takaful yang merungut sambil humblebragging mengatakan kerja mereka susah jadi mereka layak dapat semua itu, saya pun jawab:
“Dah siapa suruh jadi ejen takaful?”
Sengaja saya ambil contoh ejen takaful kerana ini kerjaya saya. Tak perlu nak bandingkan dengan kerjaya lain.
Kesimpulannya, setiap kerjaya ada peranan dan cabaran masing-masing.
Kalau kita mula banding-bandingkan kerjaya kita dengan kerja orang lain, jangan melenting bila orang lain buat perkara sama terhadap kita.
Kalau kita suka merendahkan kerjaya orang lain, jangan terkejut kalau kerjaya kita pula direndahkan.
Kalau kita kata kerjaya orang lain lebih senang untuk diusahakan dan mudah buat duit, maka persoalannya, kenapa kita sendiri tak buat kerja yang dikatakan senang dan mudah itu?
Nak perjuangkan isu underpaid? Silakan. Tapi gunakan hujah yang lebih matang supaya tidak menjadi bahan jenaka.
Saya suka kartun ini, ia menggambarkan kesimpulan tulisan saya di atas.
Ejen takaful sejak 2003, yuran konsultansi RM0
Sumber dari FB The Afyan, IFP
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran