Travelog 3 Kembara: Di Mana Al-Aqsa (2)

DI MANA AL-AQSA (2)

Ini sambungan dalam posting sebelum ini saya kongsikan catatan saya tentang keadaan di dalam Masjidil Aqsa yang mengandungi banyak masjid.

Ia boleh dilihat melalui hashtag #Travelog3Kembara atau album dengan tajuk Travelog 3 Kembara di FB saya.

Ini pula ialah video penuh persoalan tentang “Di Mana Al-Aqsa?” yang disampaikan oleh tokoh tempatan.

Dalam video ini penerangan oleh Imam Masjid Al-Aqsa sendiri, @Shaykh Yusuf Abu Sneina.

Kemudian disusuli oleh Mr Ehab Suleiman, pemandu pelancong kami ketika kembara kami di bumi Palestin 2 minggu lalu.

Kedua-dua rakaman ini dirakam secara berasingan.

Penerangan oleh Imam Masjid Al-Aqsa ketika usai kami solat subuh, hari pertama kami di sana.

Ia di luar itenary perjalanan kami, yang jarang-jarang sekali diperolehi oleh orang asing seperti kami – tanpa sebarang perancangan, tanpa jemputan rasmi, tanpa protokol – kami diaturkan oleh Allah, beliau mengiringi rombongan kami bertadabbur dari pintu masjid hingga ke Maqam Sulaiman.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam menerangkan kepada kami tentang sejarah Al-Aqsa, lokasi-lokasi penting di sini, dan ibrah yang boleh diambil.

Rakaman kedua, penerangan oleh Mr Sulaiman yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang 3 hari di sini.

Beliau menerangkan juga beberapa kekeliruan yang timbul terhadap Al-Aqsa akibat mainan media. Penerangan tersebut dirakam pada hari yang sama pada lawatan kami ke sekitar Al-Aqsa.

Abaikan beberapa penampakan saya dalam video tersebut. Ia hanya rakaman amatur menggunakan video camera handphone. Justeru, janganlah harapkan ia seperti dokumentari Jejak Rasul pula 🙂

Saya cuba tag FB Imam tersebut, tetapi gagal.

Link FB beliau, https://m.facebook.com/Shaykh-Yusuf-Abu-Sneina-Imam-of-Masjid-al-Aqsa-Jerusalem-Palestine-39539903149/

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?