fbpx

Saya terima satu mesej berkenaan Program Ayam Kampung PAKKP

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 677Words
  • 13085Views

Saya terima satu mesej berkenaan Program Ayam Kampung PAKKP.

Ini sebahagian mesej yang saya screenshoot. Mesej panjangnya saya kopipes sahaja.

Salam Tuan Afyan. Saya xxxxx dari Alor Setar. Saya ada terbaca posting Tuan di FB tentang PAKKP. Posting tahun 2019 dan juga posting baru2 ni.

Saya ada mesej Tuan di FB tahun lepas untuk meminta bantuan tentang PAKKP ni, tapi mungkin masuk ke spambox kot.

Tujuan saya PM ni adalah untuk mohon bantuan, tak tahulah sampai tahap mana, untuk jatuhkan geng2 ayam ni. Saya mula celik tentang isu scammer ni sejak ahli keluarga saya terlibat dengan PAKKP ni pada tahun lepas.

Saya ada membuat kajian tentang PAKKP ni dan saya percaya ia adalah satu scam yang memanipulasi undang2.

Setakat hampir setahun ini, agak banyak info yang sy dapat tentang latar belakang ‘pertubuhan’ ini. Pada tahun lepas, saya ada laporkan kegiatan mereka kepada BNM, JAKIM, SC, ROS–> PDRM. BNM dan SC tiada kuasa kerana ia di bawah ROS, dan ROS telah melanjutkan laporan tersebut kepada PDRM Perak dan masih dalam siasatan hingga ke harini.

Namun, setelah mendapati mereka bukan hanya sekadar pertubuhan, malah berdaftar sebagai bisnes, saya belum sempat membuat laporan semula di BNM dan SC.

Saya dah beli dan baca buku tulisan Tuan ‘Tersontot di Pintu Shorga’ dan saya rasa mereka ni tak ubah seperti Alfafa group.

Saya faham Tuan dah bersara daripada membanteras geng2 scammer ni. Tapi saya harap Tuan dapat bantu sedikit sebanyak. Geng ni sangat banyak putar alam. Saya dah nasihatkan ahli keluarga saya, saya juga ada share posting Ustaz Lariba tentang skim cap ayam ni, suami saya belajar dalam bidang ekonomi ada juga menasihati ahli keluarga saya. Tapi macam biasa, balasan mereka: Orang Melayu dengki bisnes Melayu. 🤦🏼‍♀️

Ini saya kongsikan beberapa dapatan saya di media sosial dan laman sesawang.

Xxxx saya dah bankrap, jadi beliau gunakan nama saya dan bank saya sejak saya berumur 18 tahun lagi untuk apa2 urusan kewangan. Pada Mac tahun lepas saya ada menandatangani borang penyertaan program ayam tersebut. Pada mulanya saya ingat itu adalah derma biasa, jadi saya pun tandatangan la. Rupanya ada cerita di sebalik tu. Tapi nasi dah jadi bubur. Sejak xxxx saya semakin giat mengajak menantunya untuk sertai pula, kami ada hidu sesuatu yang tak kena. Dari situ barulah terbongkar satu persatu. Memang ada bermasam muka juga pada awalnya setiap kali dibangkitkan hal ini. Xxxx saya minta saya belikan rumah untuk mereka guna nama saya dan jamin nak bayar ansuran bulanan rumah menggunakan duit ayam tersebut. Tapi saya big no no.

Disebabkan xxxx saya menggunakan bank saya, jadi saya ada akses ke akaun bank tersebut, tengok keluar masuk duit. Memang setiap 15hb dapat lah duit ‘manfaat’ a.k.a riba (bila dah cukup bulan) tersebut. Tapi rupanya duit ‘derma’ tak dimasukkan ke dalam akaun pertubuhan, tetapi ke akaun persendirian (sukarelawan aka introducer). Saya belum ada masa untuk laporkan kes ini sebagai illegal deposit taking. Dan wang ‘manfaat’ bulanan yang diterima pula adalah daripada akaun PAKKP Solutions, iaitu yang berdaftar bawah SSM. (PAKKP) yang bawah ROS tu cuma wayang.

Dalam kes saya, wang dimasukkan ke dalam akaun persendirian Muhammad Al Faraby. Setakat ni dah 15k lebih dah duit xxxx dan xxxxx saya masuk ke situ. Atau mungkin lebih lagi yang saya tak tahu

Bila saya soal kenapa wang perlu dimasukkan ke dalam akaun persendirian bukan ke akaun pertubuhan terus? Jawab mereka, kalau masuk terus ke akaun 100% jadi milik pertubuhan. Jawapan yang sangat lawak.

Bila saya baca buku tuan, nampak Alfafa group tu, teringat terus benda yang saya search ni. PAKKP Development katanya nak buat rumah mampu milik bayar sewa sampai boleh terus milik rumah.

Ada lagi company2 lain yang berkaitan. Ladang ayam yang hanya satu yang dihebahkan iaitu Rukambu Livestock, itupun under company sendiri. Cerna Minda Institute, kepala dia geng sekali kot. Saya tak pasti lah apa sebenarnya yang berlalu, tapi saya rasa duit-duit orang yang terdesak ni sedang digunakan untuk fuel their business. Saya juga ada laporkan kepada LHDN tentang salahguna cap duti setem LHDN. Tapi nampaknya macam tiada apa2 respon. Saya cuma dapat respon yang laporan sudah diterima.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

3 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hei, kersani mengalir lah dikau! Ada gaya Mat Kilau versi…