fbpx

McDonald’s Malaysia saman BDS!

  • 3 months ago
  • 2Minutes
  • 230Words
  • 300Views

Bagus juga McD saman BDS. Orang-orang yg hampir lupa isu Palestin, teringat balik.

Control damage yg makan diri balik tu nanti.

Itulah dilema McD Malaysia.

McD Malaysia milik orang Islam. Malah sudah umumkan sumbangan kepada Palestin. Zakat juga tinggi.

Bukan itu sahaja, mufti dan beberapa tokoh agama pun menegaskan bahawa tidak ada sumbangan direct kepada Israel.

Malah BDS Malaysia pun pernah buat kenyataan bahawa McDonald’s bukan sasaran boikot mereka pada 2017.

Tapi disebabkan royalti masih dibayar ke McD Corporation, mereka terkena tempias apabila McD Israel memberi sumbangan kpd Israel.

Kalau ikutkan, BDS tak fokus pun untuk boikot McDonald’s. Ia betul-betul datang daripada massa, bukan digerakkan oleh BDS atau mana-mana pihak.

Jalan keluar perkara ini, McDonald’s Malaysia kena berusaha keluar daripada McDonald’s Corporation dan bangunkan jenama sendiri dengan pengalaman yang ada.

Ia memang akan makan masa dan kos yang besar. Tapi itulah cara untuk elak kena boikot dan control damage.

Dengan saman BDS, menambah marah orang ramai.

Memang jadi arang, kalah jadi abu.

Kalau menang, orang akan tetap boikot.

Kalau kalah, lagilah teruk.

Kalau tak, setiap kali timbul konflik Palestin – Israel, orang akan boikot McDonald’s.

Walaupun bermusim, benda ni akan berlaku setiap setahun dua.

Malah sebelum McDonald’s diambil oleh orang Islam pun sejak lebih 10 tahun dulu lagi.

Selepas McDonald’s Malaysia dan beberapa negara umat Islam diambil alih oleh orang Islam, ia masih dikaitkan dengan Israel.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau kita ada emas bernilai RM100,000 - kena bayar zakat.…