Wujudkah Medical Card 3 in 1?

Sebenarnya dalam polisi tidak ada istilah itu. Ia istilah yang digunakan oleh ejen.

Ia merujuk kepada medical card rider yang dilanggan sekali dengan polisi basic, selalunya melalui produk polisi investment link.

Asalnya penggunaan istilah “3 in 1” untuk memudahkan ejen berikan penerangan kepada klien.

Namun ia jadi salah faham apabila klien memahami bahawa medical card yang dilangganinya sudah berfungsi sebagai instrumen pelaburan dan simpanan.

Malah ada yang menganggap “kalau tak berlaku apa-apa, boleh dapat balik wang caruman”.

Untuk rekod, saya juga memiliki medical card jenis ini. Malah juga mencadangkan rakan-rakan klien untuk melanggan produk jenis ini, di samping alternatif medical card stand alone.

(Oh ya, saya turut memiliki medical card stand alone. Ya, saya memiliki kedua-dua medical card stand alone dan rider)

Medical card rider, saya tak anggap dan tak gunakan istilah “medical card 3 in 1”, walaupun ada ejen lain gunakan istilah ini.

Saya juga tak guna istilah “saving” walaupun ada ejen lain gunakan istilah saving. Istilah yang lebih tepat adalah “cash value”, atau nilai tunai.

Fungsi “cash value” untuk menampung kenaikan kos tabarruk / caj pada medical card apabila berlaku kenaikan harga.

Istilah yang tepat, akan memberi tanggapan dan persepsi yang tepat.

Adakah kawan-kawan memiliki medical card jenis ini?

Apakah tanggapan rakan-rakan terhadap polisi jenis ini?

Adakah Tuan-Puan pernah beranggapan bahawa “kalau tak ada claim, duit boleh dapat balik”.

Soalan ini saya tujukan khusus kepada pengguna, bukan ejen.

Nota: Saya pernah beranggapan “kalau tak ada claim, duit boleh dapat balik” masa tahun-tahun pertama saya menjadi ejen takaful.

-Afyan, ejen cabuk.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?