2 Tahun Berblog: Bandwith Limit Exceeded, Populariti, dan Transformasi
2 Tahun Berblog: Bandwith Limit Exceeded, Blog, dan Transformasi
Akhirnya masuk ke tarikh 1 Mei 2009, barulah blog ini melepasi “Bandwidth Limit Exceed”.
Pada mulanya, pada sangkakan saya, blog saya dikunjungi terlalu ramai pengunjung (oh…perasan).
Setelah menghubungi Sdra Magnet Amin, barulah saya mengetahui yang sebenarnya ada ada komen-komen SPAM yang masuk ke blog kami.
Oh, sebenarnya, Amin, Razak, dan saya berkongsi satu hosting yang sama.
Dan, komen SPAM yang terlalu banyak itu datangnya daripada blog Razak 🙂
Dalam tempoh terdekat, kita akan jalankan pemulihan ke atas blog tersebut.
Asal-usul blog www.afyan.com
Saya mula belajar berblog daripada Sdra Amin pada 7 Februari 2007, menggunakan blogspot, lalu terhasillah www.afyan.blogspot.com.
Tolong jangan klik blog tersebut, kerana hanya ada dua sahaja entri di situ; entri pembukaan dan entri penutup 🙂
Pada 7 Februari tersebut, sempat saya masukkan entri pertama sebagai entri pembukaan, dan hanyalah selepas lima bulan selepas itu barulah ada entri kedua, merangkap entri penutup.
Ketika itu saya bersama-sama RK Training menjalankan bisnes training di sekolah-sekolah bersama Sdra Fadzli Yusof, Sdra Amin dan Sdra Razak.
Hinggalah pada Mei tahun sama, saya menerima SMS daripada Sdra Fadzli Yusof yang berbunyi; “layarilah www.afyan.com…..”.
Terperanjat saya dibuatnya!
Sangkaan saya dia bergurau. Ketika itu blog www.fadlziyusof.com dan www.aminidris.com telah pun wujud. Cuma saya sahaja yang balum. Ketika itu Sdra Razak menyambung pelajaran ke Arab Saudi.
Apabila diperiksa, memang domain www.afyan.com telah pun di’setup’ di luar pengetahuan saya!
“Aduh….bala,” getus saya.
Lantas selepas belajar serba sedikit tentang cara-cara menggunakan wordpress, maka bermula Mei 2007 sempatlah saya mengisi entri-entri di blog ini sekitar perihal keusahawanan kerana di situ minat saya.
Maka pada 2 Mei 2007, muncullah entri pertama saya yang bertajuk RM 100.00 sebulan jadi RM 100,000.00!!!!
Dikikuti pengenalan tentang diri saya; Ini Blog Aku!, Afyan?, Selamat datang ke afyan.com, Buah cempedak di luar pagar, Cerita dulu-dulu, HaRi uNTuk IbU, GurU dan MAma!.
6 entri tadi saya masukkan dalam tempoh sehari! Huhu…
Antara blog yang saya jadikan panduan adalah; www.saifulislam.com www.universitipts.com (ketika itu menggunakan domain http://ainonmohd.blogspot.com) serta www.pakdi.my (ketika itu www.pakdi.net sahaja)
Nota; sebab itu kadang-kadang stail penulisan saya seakan-akan stail tulisan blog mereka…. (oh…perasan lagi)
Transformasi Blog
Templete yang paling awal blog ini di ruang cyber…
Masih mengekalkan tema hijau
Beralih arah sedikit
Lagi transformasi…
Transformasi total: Kini berwajah baru!!!
Dalam berblog kadang-kadang selalu update, kadang-kadang jarang update. Tapi selalunya jarang update 🙂
Disebabkan ketidak”update”an itu, menyebabkan saya menukil warkah buat blog; Maafkan Aku Blog…., juga mengucapkan Selamat Hari Jadi Blog
Populariti?
Sedikit sebanyak blog ini meningkatkan kredibliti saya sebagai ejen takaful.
Sekalipun tulisan yang mempopularkan blog saya bukanlah berkenaan tentang takaful, tetapi berkenaan dengan mamak!
Entri yang bertajuk Mamak oh mamak? (2) telah tersebar sejak tulisan tersebut dikeluarkan di blog ini pada Mei tahun lalu. Kira-kira hampir setahun tulisan tersebut berlegar di ruang maya.
Ia tersebar dengan tajuk ”Cara Membezakan Restoran Mamak Atau Hindu”. Kalau di”google”kan ayat ” Membezakan Restoran Mamak Atau Hindu” nescaya akan keluarlah entri ini di dalam pelbagai medium blog, forum, website dan sebagainya.
Sebenarnya, seingat saya antara media yang mula-mula memasukkan tulisan saya ini adalah www.detikdaily.net, sebelum tersebar ke medium lain. Namun, entri itu sudah tiada lagi di web tersebut.
Wajah blog ini mengalami beberapa transformasi. Daripada sebuah blog yang tidak bermaya hinggalah yang ada sekarang ini.
Berkali-kali juga wajah blog ini diubah untuk mengikut cita rasa pemiliknya, dan akhir sekali sebuah templete berkonsepkan majalah dan blog menarik perhatian saya.
Selepas di”explore”, maka terhasillah wajah baru www.afyan.com ini dengan tema yang baru ini bermula Mac 2009.
Alhamdulillah bermula daripada detik itu, bermulanya transformasi www.afyan.com.
Blog dan bisnes.
Blog ini dimulakan ketika saya sebagai salah seorang penggerak serta fasilitator di RK Training. Tetapi kini saya tidak lagi bersama konsultan yang telah terkenal di seluruh sekolah-sekolah di Lembah Klang malah di Malaysia.
Kini blog ini menjadi blog peribadi saya selaku seorang wakil takaful.
Selepas beberapa transformasi, beberapa respon positif yang saya terima daripada para pengunjung.
Beberapa pengunjung yang menjadi kawan
Beberapa kawan yang akhirnya menjadi pelanggan.
Beberapa pelanggan yang akhirmya menjadi ejen takaful.
Semuanya melalui blog yang tidak seberapa ini.
Dan juga disebabkan “Bandwith Limit Exceeded” hampir seminggu, saya terlepas seorang pelnggan yang ingin memperbaharui roadtax keretanya 🙁
Apapun, terima kasih atas sokongan semua!
Nantikan transformasi seterusnya 🙂
P/S: Selamat hari jadi blogku…. oh…
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
Wahh, dah 2 tahun menulis blog ni. Memang kena cari hosting yang bandwidth besar ni bro. Lagi mantap. Anyway, design blog ni menarik. Makin lama, makin matang. Itu baru betul namanya blogger berpengalaman. Huhu..
Salam kenal dari aku, baloot (FB)
Itulah seadanya blog seoramg perunding takaful…..
Blog Tuan lagi hebat! banayk yang perlu saya belajar 🙂
IC, blog perunding takaful. Skrg ni aku rasa setiap perunding takaful perlu ada blog atau laman web persendirian. Sbb org dah rmai yg celik IT. Orang ramai lebih suka melayari Internet drp bertanyakan terus kepada mana2 perunding. Inilah antara kelebihan perunding takaful (atau perunding insurans, hartanah dll) yg mempunyai blog. Boleh dapat client drp seluruh pelusuh Malaysia. Hee..
Lebih senang client nak kemukakan soalan secara terus kepada Afyan. Mungkin dia lebih selera bertanyakan soalan sambil duduk di rumah melayan anak2. Tak perlu keluar dah. 🙂
Blog aku taklah hebat mana pun. Masih lagi baru. Banyak lagi nak kena post supaya dapat menolong lebih ramai org berkenaan web. Org skrg nak free je, taknak dah bazir duit masuk kelas/bengkel utk belajar ttg web. Itulah antara kemudahan yg aku akan sediakna kat blog aku.. Hee..
Semoga sama2 sukses ye Afyan..
Aku majukan industri web, saudara Afyan majukan industri takaful di Malaysia.. heh..
Baloot,
Samalah kita ye 🙂
Blog ini hanya sekadar pengalaman peribadi seorang perunding takaful.
Blog Sdra pun menarik juga kala kali pertama say amenjenguknya, terutama ilmu-ilmu tentnag adobe photoshop.
Dahulu saya seorang yang obses dengan software ini dan selalu mengerjakan super-super impose untuk koleksi peribadi. Tapi sekarang tidak lagi 🙂
wah nampaknya bro afyan terer dengan teknik super impose ni. aku tak mahir lagi teknik ni. masih dalam proses pembelajaran.
dua je yg menjadi minat aku sekarang, web development n photoshop. 🙂
Tidaklah mahir, cuma sekadar mencuba dan mencuba dan mencuba..
aku dulu pun mula minat ni daripada mencuba. tapi lama kelamaan jadi minat sangat. apply keje tak dapat2. so teruskan dengan keje camni sampai sekarang.
ada hikmah di sebalik yg terjadi tu kan. tak gitu bro? hee.. 🙂