Selamat Hari Jadi Blog
Hari ini di hujung bulan April 2008…Â
Beberapa hari lagi menjelang bulan Mei 2008…
3 Mei 2008 pula akan menjelang selepas itu…..
Setahun yang lalu, pada tarikh ini, 3 Mei 2008Â lahirlah sebuah blog bernama www.afyan.com.
Asalnya, ia lahir tanpa dipinta oleh “ibunya” kerana ia lahir secara ibu tumpang daripada www.rktraining.com dan www.fuyoo.com. Ia lahir atas usahama antara www.fadzliyusof.com dan www.amindiris.com yang berkomplot bekerjasama melahirkannya.
Lantas, pada 3 Mei 2007 lahirlah sebuah blog tanpa “ibu”….
 Namun kelahirannya tidak disia-siakan. Maka, hadirlah saya seorang “ibu” yang menerimanya, sekalipun lahir secara “paksa”…… membelainya….. mengemaskininya ……
 Namun, sedar tak sedar, “ibu”nya juga akhir-akhir ini seakan-akan melupainya. Ia jarang-jarang dibelai, dikemaskini…. Namun anak ini masih terus bertahan dan bertahan sekalipun tanpa entri-entri baru.
Sekalipun begitu, “ibu”nya tidak pernah melupakan “anak”nya…
 “Selamat Hari Jadi”, kata “ibu” itu…..
Cuma “ibu” itu mengingatkan, mungkinkah blog www.abdulrazak.com menerima nasib yang sama setelah dilahirkan oleh www.fadzliyusof.com dan www.aminidris.com?
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
Tidak ada kenduri makan-makankah?
Sila-sila…..
jemput la amik apa yg ada kat sini 🙂
Ni kira macam paksa rela la ni ek?
Untuk kebaikan kamu juga. Siapa yang makan garam dulu?
(Dinosour)
Allah..sedihnya dengar..
‘anak’ kami pon menghadapi nasib yg sama..tp mmg dari ‘ibunya’, cuma kadang2 terabai..
sila ke blog: http://dinaluzriq.blogspot.com
dinaluzriq,
Susah lagi ibu kita membesarkan kita 🙂