25 fakta luar biasa tentang Dr. Zakir Naik yang mungkin anda belum tahu

1. Dr. Zakir Naik asalnya seorang doktor perubatan yang berhenti kerja selepas terinspirasi oleh Sheikh Ahmad Deedat pada tahun 1987 dan mula berdakwah sepenuh masa sejak awal 1990an.
2. Beliau tidur hanya 3.5 jam sehari, solat sekitar 5.5 jam (termasuk tahajud dan dhuha), dan berdakwah selama 12 jam sehari secara konsisten.
3. Tidak pernah ambil gaji atau bayaran daripada aktiviti dakwah. Tiket kapal terbang dan hotel ditanggung sendiri, dan semua ceramah adalah percuma.
4. Beliau memiliki lebih 9 perniagaan, hanya urus sekitar 2 hari sebulan, dan dermakan sekurang-kurangnya 51 peratus daripada keuntungan setiap tahun.
5. Hidup sangat sederhana walaupun mampu mewah. Tinggal di apartmen biasa, belanja hanya RM2000 sebulan, dan memandu Toyota Camry walaupun memiliki Rolls Royce dan Lamborghini untuk bisnes.
6. Anak beliau juga terlibat dalam dakwah, aktif di media sosial, dan turut mengikuti jejak dalam memberi dan membantu.
7. Aktif berdakwah melalui Peace TV dalam 4 bahasa (Inggeris, Urdu, Bangla, Arab) dengan tontonan lebih 200 juta penonton seluruh dunia.
8. Ada lebih 24 juta pengikut di Facebook dan mengadakan sesi live soal jawab dua kali sebulan dari Malaysia.
9. Menganggap Malaysia negara terbaik untuk Muslim. Islam sebagai agama persekutuan, ekonomi Islam kukuh, kos sara hidup rendah dan bebas bersuara dalam isu ummah.
10. Putrajaya dianggap paling hampir kepada model bandar Islam. Tiada arak, tiada kelab malam, dan persekitaran patuh syariah secara relatif.
11. Menegaskan tiada satu negara pun hari ini 100 peratus patuh syariah termasuk Arab Saudi. Namun Malaysia adalah antara yang paling hampir.
12. Pilih hidup sederhana kerana mahu mencontohi Nabi Muhammad SAW yang zuhud walaupun mampu mewah.
13. Sebelum berhijrah, beliau aktif berdakwah di lebih 50 negara termasuk negara-negara majoriti bukan Islam.
14. Dihalau dari India kerana dakwah beliau kepada bukan Islam terlalu berpengaruh. Ramai Hindu memeluk Islam dan kerajaan mula rasa terancam.
15. Berhijrah ke Malaysia pada 2016 selepas difitnah sebagai ekstremis dan pengganas oleh media dan kerajaan India.
16. Menjawab tuduhan ekstremisme dengan berkata: “Saya ekstrem dalam kebaikan. Solat, sedekah, jujur, kasih sayang. Bukan dalam kekerasan.”
17. Solat harian beliau mencecah minimum 54 rakaat termasuk solat fardu, witir, dhuha dan tahajud setiap hari.
18. Mendapat kekuatan menghadapi ujian dengan membaca sirah Nabi SAW dan perjuangan para sahabat.
19. Dakwah bukan untuk duit, kuasa atau glamor. Tapi untuk reda Allah SWT dan menyampaikan risalah kebenaran.
20. Dalam bisnes, beliau anggap Allah sebagai rakan kongsi dan amalkan konsep memberi lebih banyak untuk dapat lebih berkat.
21. Dakwah bukan sekadar kerja, tapi tujuan hidup dan hobi utama beliau. Sukan dan hiburan bukan lagi keutamaan, tapi anak beliau aktif dalam sukan dan seni mempertahankan diri.
22. Beliau menyeru umat Islam supaya bersatu dan tidak berpecah atas nama mazhab atau organisasi terutamanya di Indonesia.
23. Indonesia juga negara Muslim yang baik, tapi umat Islam perlu lebih bersatu untuk jadi lebih kuat dan dihormati.
24. Dunia hanya akan aman jika semua manusia menjadi Muslim yang benar-benar mengamalkan Islam, tapi itu tidak akan berlaku sepenuhnya kerana dunia adalah tempat ujian.
25. Akan tiba masa Islam memerintah dunia selama 7 tahun sebelum akhir zaman, sebagaimana disebut dalam hadis dan janji Allah dalam Al-Quran.
26. Beliau akan ke Indonesia untuk ceramah di Surabaya, Medan, Solo dan Jakarta pada bulan Jun ini insya-Allah.
Sumber dari podcast pertama Dr Zakir Naik di dunia.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran