3 Bulan Bina Empayar Bisnes
Posting bertarikh 4 Julai oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad ini mempunyai satu nilai sentimental dalam sejarah hidup saya.
Siapa sangka dengan posting ini saya membina satu empayar bisnes dalam masa 3 bulan lebih sahaja!
Ceritanya begini.
Mungkin agak panjang, tapi bayangkan Tuan-Puan membaca cerpen
Ia bermula daripada 6 Mei 2020. Ketika itu dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP / MCO), di kampung saya di Besut Terengganu.
Ketika itu saya berada di Hospital Besut utk menjalankan ujian Covid-19, saya terima panggilan telefon dan diikuti dengan mesej ringkas:
“Ok begini. Saya berikan Afyan satu video preview saya tentang satu bisnes yang saya bari ceburi 2 minggu ini.”
Dan kemudian diikuti dengan video 2 jam.
Mesejnya lagi:
‘Saya tahu Afyan juga macam saya tak menolak genuine networking.”
Saya mengenali beliau kali pertama melalui iklan dalam Radio IKIM PAGI berkenan Motivasi Aliran Pelajar ketika di UIA.
Kemudian kenal secara personal melalui Tuan Fadzli Yusof Albasuti melalui Pertubuhan Perunding dan Motivator Malaysia (TAMRIN).
Sejujurnya saya tak tonton habis pun video tersebut. Huhu…Maafkan saya Dr. Huhu.
Selepas hari itu, banyak jugalah mesej-mesej yang dihantar berkenaan bisnes yang ingin dia perkenalkan kepada saya. Ia sebuah bisnes networking yang juga dikenali sebagai MLM.
MLM, tentu ramai yang skeptikal kan? Termasuklah saya. Ia sangat sinonim dengan scam sebab terlalu banyak group dan leader suka manipulasi MLM menjadi skim piramid dan skim cepat kaya.
Jadi, apabila Dr Tengku Asmadi mesej saya tentang bisnes ini, saya hanya respon ringkas sebagai tanda hormat. Antara respon saya apabila menerima mesej-mesej daripada beliau ialah “Perghhhhh!!”.
Respon tersebut sebagai tanda saya baca mesej beliau.
Kemudian beliau memberitahu bahawa pendaftaran untuk bisnes ini percuma sahaja lalu saya berikan maklumat tersebut tanpa sebarang expectation.
Maka pada 9 Mei saya didaftarkan dan beliau berikan saya detail portal dan maklumat user ID dan password.
Sejujurnya, saya tak login pun dan tak ambil endah pun. Huhu… Maafkan saya sekali lagi Dr. Huhu…
Dan selepas itu agak banyak juga beliau PM saya bercerita dengan bisnes tersebut. Saya reply simbol “thumbs up” dan tidak lagi reply “Perghhhhh!” sebab sebelum itu pernah beliau tanya “define perghh” apabila saya saya reply. Hahaha…
Disebabkan terlalu banyak mesej diterima, juga satu dua mesej yang saya tak reply. Hanya bagi blue tick sahaja. Selepas itu beliau tidak lagi mesej saya
Saya fokus kepada kerja-kerja mempromosi #eSeminarBMW yang baru saya lancarkan sebulan dua.
Saya pendekkan cerita hingga ke bulan Julai. Masa tu PKP dah tamat dan disambung dengan PKPB.
Sepanjang tempoh Mei hingga Julai, saya perasan Dr Tengku Asmadi selalu post ke FB bisnes tersebut serta berkongsi maklumat berkaitan.
Pada hati bersejarah 4 Julai 2020, saya terlihat posting Dr Tengku Asmadi ini.
Beliau berkongsi pengalaman menyertai menggunakan sejenis sabun basuh pinggan yang boleh membersihkan bontot periuk yang hitam legam kepada berkilat.
Saya teruja! Kebetulan, sebelum itu saya memang terfikir dan mencari-cari jalan untuk membersihkan kuali dan periuk di rumah yang hitam berkerak.
Lalu saya mesej sepatah tanyakan tentang bisnes ini. Selepas beberapa mesej, lalu beliau call saya untuk ceritakan lebih detail tentang bisnes ini.
Selepas itu semuanya sejarah.
The rest is history.
Pendapatan pertama
Pendapatan bulan pertama bisnes tersebut ialah RM79, dan meningkat berkali-kali-kali-kali-kali ganda dalam masa 3 bulan. Kali terakhir saya kongsi pendapatan saya kepada publik adalah pada bulan lepas.
Sekarang saya tak berani tunjuk. Risau juga LHDN memerhati. Macam tak masuk akal pun ada. Macam tooooo goooood to be true pun ada. Saya hanya kongsi dalam group tertutup kepada anak buah.
Selama 3 bulan itu juga saya buat secara part time, dan 90% adalah online.
Yang lebih seronok sebenarnya berjaya membantu rakan-rakan niaga untuk mendapat pendapatan 4 angka sebulan.
“Adakah saya juga akan dapat pendapatan sebanyak itu kalau saya join”, ini soalan biasa saya terima.
Tiada jaminan. 100% pendapatan bergantung kepada usaha dan rezeki daripada Allah.
Ada ramai juga rakan-rakan terdekat yang saya ajak join termasuk keluarga, reject. Namun ada rakan yang tak pernah saya ajak, mesej saya untuk join.
Pengalaman dalam bidang kewangan mpromosi takaful, unit trust, pusaka banyak membantu saya. Ajak benda free pun ada orang reject. Hahahah!
Bisnes ini memang pelik. Bisnes MLM paling pelik dalam dunia pernah saya jumpa.
Mana tak peliknya;
- Tak ada yuran pendaftaran,
- Tak perlu jual barang,
- Tak perlu simpan stok,
- Tak perlu postage,
- Tak perlu COD,
- Tak ada sistem overriding,
- Tak ada sistem stokis & ejen,
- Tak ada sistem overriding,
- Tak ada sistem sponsorship upline downline,
- Tak ada maintain bulanan,
- Tambahan utk saya:
– Saya jalankan 90% online.
– Saya hanya promote di FB pada hujung minggu macam hari ini
– Tak ganggu pun bisnes utama saya sebagai leader ejensi takaful, unit trust, pusaka. Saya tak ajak pun deal join bisnes ini.
Pelik kan? Atas kepelikan ini saya berminat untuk “siasat” masa awal-awal join. Saya Google nama kompeni ini dan diikuti dengan keyword scam, tipu dan seumpamanya.
Sah, genuine MLM. Kalau ada sebarang unsur scam dan tidak patuh syariah yang mungkin saya tak nampak, tolong inform saya. Saya sedia berhenti dan salurkan wang komisen yang diterima ke Baitulmal.
Dalam Direct Selling News, ia berada pada ranking dunia nombor 11 di bawa kompeni-kompeni yang dah berpuluh malah ratusan tahun di dunia. Baru berusia 10 tahun, tapi sudah mengatasi ratusan kompeni MLM lain di dunia yang wujud lebih awal.
Dan kini saya bersama MLM tersebut, atas asbab posting sabun basuh bontot periuk.
Ada yang berminat untuk bersama saya membina sejarah baru bersama Diamond Master Periuk ini?
Dah habis baca? Komen “Perghhh”.
Siapa dah join under saya, Komen “Perghh diikuti pengalaman personal”.
Nak join? Komen “Perrghhhhh nak!!!”
UPDATE. Tak sempat nak reply seorang demi seorang.
Berminat nak join ?
Bisnes ini hampir tiada risiko. Follow step di bawah:
- Join Channel Telegram ini & baca penerangan Telegram Channel
- Jika puas hati, boleh daftar. Daftar PERCUMA. Tak keluar duit 1 sen pun.
- Lepas daftar boleh join group ahli. Boleh tanya, boleh ikuti diskusi, boleh argue kalau tak puas hati. Jika masih tak puas hati, boleh left group. Tak rugi walau 1 sen.
- Kemudian join sesi preview dan sesi training teknikal. Semua ni PERCUMA & 100% online.
- Jika yakin, baru boleh cuba produk: ubat gigi, berus gigi, sabun basuh baju, sabun mandi basuh pinggan, berus. Beli produk ini utk gantikan dgn brand lama. Jika lepas beli & guna, didapati tak berbaloi dengan harga dan kualiti, refund 100% & tak perlu ke step seterusnya. Produk yang saya rekomen tadi semua ada money back guaranteed kecuali berus gigi.
- Jika yakin dgn produk dari sudut harga dan kualiti, barulah start promote & ajak ahli baru.
Hampir tiada risiko. Sekurang-kurangnya ada 4 filter sebelum start beli barang. Itupun jaminan pulangan wang 100%.
Kalau tak konfiden, selepas 4 step di atas, tak perlu teruskan. Boleh juga buat kajian sendiri pasal bisnes ini.
Mulakan langkah pertama dgn klik link di Telegram Channel
Join Channel Telegram ini
Kemudian baca penerangan dari pinned message.
Jika ok, boleh klik link wasap ini utk registration PERCUMA. Daftar PERCUMA
UPDATED
Ada orang tanya, berapa banyak dah income saya dalam bisnes part time yang saya duk promote.
Ada 2 jenis yang bertanya begitu.
1, sebab betul nak tau.
2, sebab saja nak memperlekehkan.
Nah, saya kongsikan bukan lepas. Masa tu baru setengah bulan.
Selepas itu saya dah tak berani nak kongsi. LHDN memerhati
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran