fbpx

3 Perkara Mengenai Pakej Penangguhan dan Pakej Penukaran

  • 3 years ago
  • 6Minutes
  • 1006Words
  • 400Views

Tempoh hari saya menulis tentang moratorium, dan ramai yang terkejut dengan hakikat bahawa interest / faedah / profit / keuntungan bank masih lagi berjalan.

Ada yang kata apa yang saya tulis itu tipu tidak benar, fake news dan berbeza daripada notis oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia.

Mungkin silap saya tak tekankan bahawa ada perbezaan antara hutang perumahan dengan hutang kenderaan. Walaupun saya dah tulis di awal dan hujung artikel, mungkin ada yang tak perasan.

Jadi tulisan ini sebagai tambahan tulisan tempoh hari.

Bagi hutang kenderaan, atau selalunya disebut sebagai hire purchase, moratorium tidak memberi sebarang kesan terhadap jumlah interest / faedah / profit / keuntungan bank kepada pelanggan.

Bagi hutang rumah atau disebut juga sebagai mortgage, ada perbezaan terhadap interest / faedah / profit / keuntungan bank.

Sebelum saya teruskan, elok kita jelaskan sedikit penggunaan istilah untuk membezakan perbankan Islam dan perbankan konvensional.

  • Interest / Faedah = perbankan konvensional.
  • Profit / Keuntungan = perbankan Islam
  • Pinjaman / loan = perbankan konvensional.
  • Pembiayaan / Financing = perbankan Islam.

Rujuk notis daripada Bank Negara ini.

Notis penuh boleh dibaca di sini notis daripada Bank Negara ini.

Kita pergi satu per satu notis ini, yang bermula dari No 15, 16 dan 17.

Di bawah merupakan antaa komen-komen yang diterima.

  • Fake news.
  • Tipu.
  • Tak sama dengan BNM.
  • Memburukkan kerajaan.

Takpa, saya tak salahkan mereka.

Saya muhasabah diri saya balik dan buat penulisan baru sebagai tambahan maklumat berbanding sebelum ini.

Yang saya tulis sebelum ini mungkin tak berapa lengkap.

Notis BNM

Kita mulakan berdasarkan notis BNM sepenuhnya.

3 perkara daripada Soalan Lazim Mengenai Pakej Penangguhan dan Pakej Penukaran

Ini 3 perkara daripada Soalan Lazim Mengenai Pakej Penangguhan dan Pakej Penukaran – Dikemas kini (30 Mac 2020)

Boleh klik link di sini untuk bacaan penuh.

Soalan yang releven dengan isu yang saya bangkitkan ialah nombor 15, 16 dan 17.

Kita pergi satu persatu.

Kita mulakan dengan nombor 15.

NO 15.
SOALAN:
Adakah saya akan dikenakan faedah tambahan atas jumlah bayaran balik yang ditangguhkan selama tempoh 6 bulan tersebut?

JAWAPAN:
Bagi pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan yang merangkumi pinjaman pokok dan faedah (iaitu terkompaun) semasa tempoh moratorium. Walau bagaimanapun, beberapa institusi kewangan boleh membuat keputusan untuk tidak mengenakan kadar faedah kompaun semasa tempoh penangguhan. Sila dapatkan maklumat lanjut tentang penangguhan ini di laman sesawang bank-bank anda.

Bagi pembiayaan Islam, keuntungan akan terus terakru (yakni di ambil kira) pada jumlah pokok yang belum dijelaskan. Namun begitu, keuntungan tersebut tidak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah. Walau bagaimanapun, institusi kewangan tidak dibenarkan mengenakan bayaran penalti lewat atas jumlah tertunda. Dalam erti kata lain, bayaran balik pinjaman/pembiayaan hanya tertangguh selama 6 bulan.

KOMEN SAYA:

  • Notis ini merujuk kepada pembiayaan & pinjaman perumahan.
  • Jelas di situ PROFIT / INTEREST masih dikenakan oleh bank.
  • Bagi perbankan Islam, PROFIT dikenakan TAPI tiada kompoun.
  • Manakala bagi perbankan konvensional, INTEREST dikenakan DAN ada kompoun
  • Ada sesetengah perbankan konvensional yang kenakan INTERSET tanpa kompoun.

NO 16.

SOALAN:
Apakah keadaan pembiayaan sewa beli saya sebelum dan selepas tempoh moratorium 6 bulan ini?

JAWAPAN:
Ansuran bulanan sebelum penangguhan: RM1,133
Ansuran bulanan selepas penangguhan: RM1,133 – tiada perubahan Jika tempoh selepas penangguhan dilanjutkan 6 bulan lagi

Ilustrasi ini adalah berdasarkan kadar tetap pinjaman sewa beli, dengan andaian yang berikut:
– Jumlah pinjaman/pembiayaan – RM90,000, kadar faedah/keuntungan sama rata – 4%
– Tempoh asal – 9 tahun, peminjam/pelanggan telah membayar balik selama 3 tahun
– Jumlah pinjaman/pembiayaan yang belum dijelaskan sebelum dan selepas tempoh penangguhan – RM81,600
– Tidak ada tambahan faedah/keuntungan dikenakan semasa tempoh penangguhan

KOMEN SAYA

  • Ini pula merujuk kepada hutang kereta yang disebut sebagai hire purchase.
  • Tiada perubahan jumlah profit / interest
  • Tidak sama dengan pembiayaan / pinjaman perumahan
  • Hanya tambah tempoh pembiayaan.
  • Ada juga sesetengah bank mengekalkan tempoh pembiayaan tapi ansuran bertambah.

NO 17:

SOALAN:
Apakah yang akan terjadi kepada pembayaran balik pinjaman/pembiayaan saya selepas tempoh pakej penangguhan? Bagaimanakah pakej penangguhan mempengaruhi pembayaran faedah yang dikenakan ke atas saya selepas tempoh 6 bulan? Adakah berlaku peningkatan dalam bayaran bulanan, atau tempoh akan menjadi lebih lama?

JAWAPAN:
Bagi pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan ke atas baki belum dijelaskan yang terdiri daripada pinjaman pokok dan faedah (iaitu terkompaun) semasa tempoh penangguhan. Walau bagaimanapun, beberapa institusi kewangan boleh membuat keputusan untuk tidak mengenakan kadar faedah kompaun semasa tempoh penangguhan.

Bagi pembiayaan Islam, keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas jumlah pokok yang belum dijelaskan. Walau bagaimanapun, keuntungan itu tidak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah.

Peminjam/pelanggan dinasihati supaya mengambil maklum pemberitahuan daripada institusi kewangan mereka mengenai pelaksanaan pakej penangguhan ini.

Peminjam/pelanggan dinasihati supaya membuat pertimbangan rapi tentang pilihan pembayaran balik yang ditawarkan oleh institusi kewangan masing-masing, terutamanya kaedah untuk menyambung semula bayaran balik selepas tempoh penangguhan. Ini mungkin termasuk jumlah ansuran berikutnya yang lebih tinggi berikutan pengekalan tempoh pinjaman/ pembiayaan asal atau lanjutan tempoh pinjaman/pembiayaan selepas tempoh moratorium selama 6 bulan.

Peminjam/pelanggan perlu memastikan mereka memahami implikasi kewangan keseluruhan dan menilai kemampuan mereka untuk memenuhi implikasi ini. Mereka boleh menghubungi institusi kewangan mereka melalui panggilan telefon/e-mel untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini.

KOMEN SAYA

  • Jelas dalam bahagian ini BNM menerangkan tentang profit / interest yang tetap berjalan sepanjang moratorium
  • Bagi perbankan konvensional, interest tersebut akan dikenakan kompoun. Interest atas interest
  • Ada juga sesetengah perbankan konvensional yang tidak kenakan kompoun terhadap interest.
  • Tapi bagi perbankan Islam, hanya profit sahaja yang dikenakan tanpa kompoun.
  • Point No 17 ini seiring dengan No 15 sebelum itu.
  • BNM juga menasihati agar pelanggan berhubung dengan pihak bank intim mendapatkan penjelasan implikasi moratorium terhadap pinjaman dan pembiayaan masing-masing.

Bank Negara Malaysia meninggal pesanan:“Peminjam/pelanggan dinasihati supaya membuat pertimbangan rapi tentang pilihan pembayaran balik yang ditawarkan oleh institusi kewangan masing-masing, terutamanya kaedah untuk menyambung semula bayaran balik selepas tempoh penangguhan. Ini mungkin termasuk jumlah ansuran berikutnya yang lebih tinggi berikutan pengekalan tempoh pinjaman/ pembiayaan asal atau lanjutan tempoh pinjaman/pembiayaan selepas tempoh moratorium selama 6 bulan.

Peminjam/pelanggan perlu memastikan mereka memahami implikasi kewangan keseluruhan dan menilai kemampuan mereka untuk memenuhi implikasi ini. Mereka boleh menghubungi institusi kewangan mereka melalui panggilan telefon/e-mel untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini.”

Harap semua dapat faham bahawa ada perbezaan implikasi moratorium terhadap pembiayaan / pinjaman rumah.

Jadi untuk itu, disarankan agar rakan-rakan membuat semakan dengan bank masing-masing untuk mendapat penjelasan dan faham apa implikasi yang bakal berlaku 6 bulan akan datang.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya baca buku ini, Petunjuk Jalan Kekayaan kira-kira 15 tahun…