4 Bisnes Kalis Gawat

Saya baca buku ini, Petunjuk Jalan Kekayaan kira-kira 15 tahun lepas, tak silap saya.

Image may contain: 1 person, text

Ia ialah sambungan buku pertama “Jutawan Senyap” daripada penulis yang sama, Chef Li.

Jika dalam buku pertama, penulis berkongsi kisah-kisah kejayaan daripada jutawan jalanan, dalam buku ini penulis bercerita tentang pengalaman beliau sendiri yang jatuh dalam bisnes dan bangkit kembali.

Saya pun ingat-ingat lupa kandungan buku-buku tersebut memandangkan sudah agak lama ia dibaca.

Namun ada satu perkara yang masih segar dalam ingatan saya daripada buku ini.

Beliau menulis tentang 4 bisnes yang kalis gawat.

1. Makanan
2. Pendidikan
3. Kesihatan
4. Pakaian

Ketika membaca buku ini 15 tahun lepas, saya masih blur-blur apa yang dimaksudkan. Baca buku itu untuk mendapat motivasi meneruskan bisnes dalam bisnes kewangan.

Tapi kini selepas 15 tahun, baru saya nampak realitinya. Ketika krisis ekonomi dan krisis kesihatan berlaku serentak di negara kita.

Saya baru nampak.

Tuan-Puan nampak tak?

Terima kasih Dato Rusly Abdollah yang membuka mata saya.

IKLAN SIKIT:
E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW.
17 video + 1 ebook, dengan harga PROMOSI. eSeminarBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com