fbpx

4 Cadangan Dalam Isu AJ Islamic

  • 7 years ago
  • 5Minutes
  • 852Words
  • 526Views

Hangat perbincangan tentang isu patuh syariah AJ Islamic. Kebetulan pula seminggu dua ini hangat isu scam ini dan dikaitkan dgn imej Islam. Selain isu AJ Islamic, isu Kerajaan Kelantan yg dikaitkan dgn scam Ecobit, dan PPIM dikaitkn dgn scammer Profesor Palsu.

Tulisan ini akan fokus kepada isu AJ Islamic.

Pertama sekali, tahniah kpd kedua-dua penasihat syariah AJ Islamic yg sudah pun mengeluarkan kenyataan dan bersikap terbuka.

Boleh rujuk FB mereka;

1. FB Dr Aznan Hasan
2. FB Dr Zaharuddin Abd Rahman

Tahniah saya ini kpd kedua-dua ilmuwan ini, bukan kpd Affiliate Junction.

Rupa-rupanya sejak 14 bulan lalu sudah dilantik penasihat syariah tersebut.

Dan dari penjelasan itu, model lama AJ Adalah tidak patuh syariah. Memang model bisnes yg lama bermasalah besar dari sudut masalah dan operasi mirip skim cepat kaya apabila lebih kepada head-hunting berbanding promosi produk.

Lihat sahaja FB-FB ejen-ejen AJ, lebih banyak fokus kepada mencari downline berbanding bercerita manfaat produk.

Jadi sekarang mereka sudah mendapat pengesahan patuh syariah dari dua ilmuwan yg pakar dalam ilmu muamalat.

Sudah tentu yg bergembira dalam hal ini ialah AJ, mendapat promosi percuma.

Saya yakin bagi yg sebelum ini sedang berfikir-fikir utk menyertai AJ, tidak ragu lagi utk menyertainya selepas pengisytiharan tersebut yg berkuatkuasa pada bulan Ogos.

Maka dari satu sudut AJ sudah pun mendapat “kemenangan”.

Perkembangan ini menimbulkan polemik di antara mereka dengar beberapa page yg menentang scammer dan skim cepat kaya seperti PW dan SNTM juga beberapa individu dlm borang kewangan.

Ia menimbulkan suasana yg tidak harmoni apabila keluar kata-kata tidak sepatutnya kpd kedua-dua batang tubuh penasihat syariah tadi dlm komen-komen FB berkaitan.

Jika ia kritikan dari sudut operasi AJ, masih boleh diterima. Sebab memang selama ini bisnes AJ ini bermasalah dari sudut pelaksanaan apabila ia lebih kepada promosi head-hunting berbanding promosi program.

Namun apabila sampai ada yg mengejek-ejek, memaki-hamun, mengutuk dan sebagainya – ia sudah melampau!

Pendapat saya sudah saya berikan dlm status saya sebelum ini.

Jika Tuan-Puan sudah lama follow saya, pandangan saya konsisten sejak zaman mula-mula saya lawan Alfafa hingga zaman saya lawan Tok Belagak, dan hinggalah kepada kes ARBA dan lain-lain.

Sebagai manusia, sudah tentu para penasihat syariah ini tidak sunyi dari kesilapan. Jika ada yg salah, boleh ajukan kpd mereka dengan cara yg betul.

Satu sudut, ia perkembangan yg positif apabila timbul pertikaian dan kritikan terhadap status patuh syariah AJ yg baru supaya para penasihat syariah ini lebih berhati-hati dan alert selepas ini.

Kritikan pedas, keras tiada masalah sekiranya ia dibuat dgn penuh hemah. Tapi apabila sampai ada yg maki hamun dgn penuh emosi, ia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Mereka sudah pun berikan jaminan, jika ada sebarang pertikaian boleh ajukan kpd pegawai syariah yg dilantik. Malah mereka juga tidak akan teragak-agak utk menarik pengisytiharan patuh syariah terhadap AJ.

Ia tindakan yg bertanggungjawab sebagaimana saya pernah ajukan kpd penasihat syariah Tok Belagak dan ARBA lama sebelum mereka menarik diri dari kedua-dua bisnes terbabit.

Kepada ARBA, Alfafa, Tok Belagak dll – byk kali saya cabar mereka lantik penasihat syariah.

Selepas lantik, saya minta mereka keluarkan kenyataan rasmi dari penasihat syariah.

Dalam kes emas delay Tok Belagak dan ARBA Kopi Pak Belalang, sampai ke sudah tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari penasihat syariah.

Sehingga kedua-dua penasihat syariah mereka undur diri dan sehingga skim itu tersontot.

Dalam kes AJ, kedua-dua penasihat syariah yg dilantik sudah pun membuat kenyataan terbuka pandangan mereka dan bersedia menerima sebarang teguran dan cadangan.

Sudah jadi semacam Civil War pula apabila kedua-dua pihak yg selama ini berpadu tenaga dan ilmu melawan scammer, kini bertelagah.

“Anti-scammer bergaduh, scammer tepuk tangan”.

Jadi ini beberapa pandangan dan cadangan saya utk meredakan ketegangan ini.

1) Pertama;

Yang menimbulkan keresahan apabila pengisytiharan patuh syariah ini ialah apabila ia diambil kesempatan oleh beberapa geng AJ utk menunjukkan AJ patuh syariah dan tidak bermasalah sejak dari penubuhannya pada 2008.

Walhal, dalam kenyataan Dr Aznan dan Dr UZAR secara jelas mengatakan bahawa AJ yg lama memang tidak patuh syariah.

Jadi mungkin perlu ada satu mekanisme utk Dr Aznan dan Dr UZAR mendesak supaya peserta-peserta AJ yg lama menyucikan harta haram mereka jika ada.

2) Kedua;

Kemudian, bagi mengelakkan civil war ini berterusan, para penasihat syariah AJ juga boleh mengambil tindakan proaktif dgn menjemput individu-individu yg selama ini melakukan penentangan terhadap AJ spt Sdra Luqmanul Hakim.

Saya difahamkan Sdra Luqmanul Hakim Abd Rahim juga terlibat dalam kes saman terhadap AJ sebelum ini.

Jadi Sdra Luqman boleh juga membawa individu-individu terbabit.

3) Ketiga,

Penasihat-penasihat syariah harus memastikan AJ Islamic patuh syariah, malah juga perlu DILIHAT patuh syariah.

AJ yg lama perlu diisytiharkan secara terang-terangan tidak patuh syariah.

Saya sangat risau scammer sebenar bersembunyi di sebalik title patuh syariah.

4) Keempat

Ramai yg terkejut apabila AJ diisytiharkan patuh syariah. Termasuk saya.

Baru tahu rupa-rupanya tempoh 14 bulan susah diambil oleh para penasihat syariah utk membuat penilaian dan perubahan kpd AJ sudah berlalu. Dan difahamkan ia akan bermula pada Ogos utk operasi baru.

Jadi, perlu juga berikan satu timeline utk percubaan sebelum ia diisytiharkan patuh syariah sepenuhnya. Mungkin 1 ke 3 tahun.

AJ bukan sahaja perlu diisytiharkan patuh syariah, tapi perlu dilihat patuh syariah.

Besar harapan saya;

Semoga civil war ini dapat diredakan dan scammer sebenar dpt diperangi.

Halakan peluru kepada musuh sebenar, scammer. Menembak sesama sendiri tidak menyelesaikan isu utama.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
(PART 1) : THE DECEIVERS - Affiliate Junction (AJ) http://AntiPonzi.Livejournal.com/631.html…