7 Formula Penyontot Berjaya
1. Kepala otak mesti cerdik, untuk auta orang lain. Bukan senang nak mempengaruhi orang lain dengan benda tak betul. Nak lebih mudah orang percaya, pakai gelaran Dr / Profesor. Boleh beli dengan Universiti Gorgon of Life. Kalau dapat gelaran Ostat lagi bagus.
2. Cakap mesti berdegar-degar, supaya orang konfiden. Kalau dapat bagi ucapan public speaking macam tokoh motivasi, lagi bagus. Kalau dapat bagi ucapan macam tokoh politik, ia bonus.
3. Pakai blazer, tali leher supaya kelihatan profesional. First impresion sangat penting. Supaya kali pertama bakal mangsa nampak kita, terus percaya.
4. Jika pakai pakaian yang nampak alim, adalah nilai tambah terbaik. Kopiah, serban, jubah – adalah terbaik. Jangan lupa pakai minyak ayat dan celak.
5. Ditambah pula dengan menggunakan istilah-istilah arab seperti hibah, wadiah, wakalah, khinzir dsb menambah lagi nilai tambah tersebut. Pastikan qalqalah dan makhraj yang betul. Dapat selang-seli dengan ayat Quran dan Hadith lagi bagus.
6. Hati mesti kering, apabila sontotan terkantoi tidak perlu gerun berhadapan dengan mangsa sontot. Buat muka selamba. Buat muka tak bersalah. Sebab lepas ini nak buat projek sontot baru pula.
7. …. Boleh tambah senarai ini…
InsyaAllah lepas itu akan dimasukkan ke #nerakawang
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran