fbpx

7 Perkara Untuk Baiki Status Kewangan

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 766Words
  • 504Views

Status kewangan yang semakin baik memang menjadi impian kita semua. Berikut ialah 7 perkara yang digariskan oleh Tuan Hannan Shawalludin di FB beliau untuk kita perbaiki status kewangan.

7 PERKARA UNTUK BAIKI STATUS KEWANGAN KITA PADA TAHUN 2019. NO 7 PALING RAMAI TERLEPAS PANDANG.

1. Set Goal Yang Jelas

Cuba Tanya diri sendiri soalan-soalan ni, “Nak gaji berapa ribu sebulan?” “Tahun ni target nak beli rumah pertama ke? Ganti kereta lama yang dah uzur? Atau nak ada duit yang cukup untuk pergi umrah?”
.
Kalau nak beli rumah, amik gambar rumah tu tampal kat dinding bilik. Setiap hari tengok supaya kita rasa motivated. Kereta ke, motor ke, nak gi Makkah ke. 
.
Bila hati dan akal kita jelas apa yang kita nak, tak kira susah macam mana pun atau halangan tinggi mana pun, kita akan pastikan kita dapat apa yang kita impikan.
.
.
2. Disiplin Menguruskan Kewangan 
.
Allah akan makbulkan permintaan kita nak duit banyak kalau kita dah ada plan yang bagus bila kita ada duit banyak. Lagi-lagi kalau kita dah mula urus duit dengan baik waktu sekarang, contohnya kita tak pernah lupa sedekah, bayar zakat, bagi duit kat mak ayah, bagi nafkah kat isteri, bahagi siap-siap belanja anak ke sekolah dan sebagainya.
.
Kalau waktu susah tak biasa sedekah dan memberi, agak-agak waktu senang dan kaya raya esok kita akan bersedekah ke? Ia adalah sikap dan akhlak yang perlu dipupuk dari sekarang.
.
.

3. Kerja Keras Di Usia Muda
.
Masa kita muda ni lah kita nak membanting tulang untuk dapatkan duit lebih. Bukan ibadah je kena banyak masa muda, kerja pun kena banyak. 
.
Apatah lagi kalau anda bujang, kurangkan aktiviti berhibur yang menelan belanja yang banyak. Sekali sekala tak pe lah, tapi kalau selalu asyik mengalah bila kawan ajak travel atau lepak makan tempat-tempat mahal, silalah rasa bersalah dan bayangkan anda sedang bakar duit yang anda penat kerja untuk dapatkan tu!

Tak salah masa muda dan bujang ni untuk anda buat 2 kerja. Biarlah orang nak kata anda ‘kejar dunia sangat’, atau ‘duit banyak-banyak nak buat apa’, hakikatnya yang tanya anda soalan tu kebanyakkannya ada masalah kewangan macam anda. 
.
Hanya orang yang rajin dan sedia nak ubah hidup je Allah akan bantu. Kalau malas dan kuat complain, nak maju celah mana?
.
.
.
4. Berdamping Dengan Orang Yang Kaya, Berkawan Dengan Semua Orang
.
Rule no 2 nak jadi kaya ialah jangan benci orang kaya. Jangan dengki orang dapat rezki lebih. Macam mana kita nak jadi kaya kalau kita benci diri kita yang akan datang? Ya. Benci diri sendiri maksud saya.
.
Orang yang nak kaya akan berkawan dengan orang yang sedang meningkat kaya atau dah kaya. Dia bukan mengharapkan duit orang kaya tu, tapi mengharapkan ilmu dan maklumat dari orang yang kaya tu. 
.
Kena ingat, selesai masalah = banyak duit. Lagi banyak seseorang tu ada ilmu untuk selesaikan masalah, lagi banyak duit yan dia ada. 
.
So, kalau kita tak kaya-kaya, cuba tanya diri, ilmu kita takat mana?
.
.
.
5. Belajar Simpan Duit
.
Nak berniaga kena ada modal. Nak melabur pun kena ada modal. Tapi kalau asyik setiap bulan duit tak cukup dan pinjam duit mak, ayah, along, angah, acik, kawan opis, kawan membawang dan sebagainya, bila nak ada duit untuk melabur dan berniaganya?
.
Belajar simpan 10% dari gaji kita setiap bulan. Jadikan amalan dan kebiasaan. Mula-mula memang susah, tapi kalau tak dibiasakan lagi susah!
.
Kalau kerja sedia ada memang gaji bulanan kecik dan tak mampu nak sara hidup, ikut step no 3 di atas. Tak da orang boleh ubah hidup kita melainkan kita.
.
.
.

6. Syukur Apa Yang Ada
.
Ada motor, syukur. Ada orang kena jalan kaki ke tempat kerja. Ada kereta kecik, syukur! Ada orang berbasah dalam hujan menaiki motor. 
.
Syukur tu bukan sekadar kita lazimkan sebut Alhamdulillah, tapi tak complain dan tak merungut tu pun tanda kita syukur juga.
.
.
.
7. Bina Masjid dan Ramaikan Anak-Anak

Ramai orang bujang takut nak berumahtangga. Tak sedia katanya. Itu hak masing-masing.
.
Cuma kalau kerja sudah ada, simpanan sudah ada, boleh la masuk meminang anak dara orang.
.
Hidup kita ni umpama periuk nasi. Kalau kita sorang nak makan, Allah rezkikan kita sikit je nasi pun dah cukup dah untuk kita sorang kenyang. Tapi kalau periuk nasi kita dah makin besar sebab ada isteri dan anak-anak, insyaAllah Allah akan tambah lagi rezki kita untuk kita hidup.
.
Biasakan dengar orang baru nak mendirikan rumah tangga dapat kerja baru, ada orang dapat anak, dapat naik pangkat? Itu semua rezki yang Allah tentukan buat kita.
.
Yang pasti, logic akalnya, gaji suami + gaji isteri = gaji lebih banyak dari gaji masa kau bujang. Cuma kena pandai-pandailah berkomunikasi supaya gaji yang banyak tu tak bawa pada pergaduhan pula.
.
.

Hannan Shawalludin
Perunding,
INFAQ Consultancy

Plan your wealth, change your life.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seorang anak mengadu kepada ibunya tentang kehidupan barunya di tempat…