fbpx

7 Tanda Anda Berpotensi Menjadi Hebat!

7 Tanda Anda Berpotensi Menjadi Hebat!


1. Anda suka bertanya soalan.

Kajian dari Havard mengatakan, pekerja yang suka bertanya didapati lebih kompeten berbanding dengan pekerja yang kurang bertanya.

2. Anda seorang yang “resourceful”

Saya tak pasti bagaimana nak terjemahkan perkataan “resourceful”. Ia digambar seseorang yang selalu mencetuskan sesuatu inovasi, bukan hanya menunggu. Mungkin hampir sama dengan proaktif.

3. Anda mampu menyelesaikan masalah secara semulajadi.

Menyelesaikan masalah boleh mencetuskan kreativiti seseorang dan ialah salah satu tanda kebijaksanaan.

4. Anda selalu mencapai matlamat.

Jika ada seseorang yang tidak pernah putus asa dalam mencapai sesuatu matlamat, maka anda mempunyai ciri seseorang yang berkualiti hebat.

5. Anda seorang yang “persistent”.

Dalam mencapai sesuatu matlamat dalam hidup, akan ada cabaran dan halangan. Orang yang “persistent” akan kekal fokus menghadapi segala cabaran tersebut.

6. Anda tidak melihat kegagalan (blind to failure)

Anda melihat kegagalan bukan sebagai kelemahan tapi sebagai proses pembelajaran untuk menjadi lebih hebat.

7. Anda bersedia berubah

Apabila anda bersedia untuk berubah sebagai sebahagian daripada proses untuk mencapai kejayaan, maka bersedia untuk menjadi lebih hebat.
rrr
Video dari Goalcast dan ulasan bebas dari Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com