7,000 langkah sehari sudah memadai untuk kesihatan

  • 1Minute
  • 154Words
  • 8Views

Saya terbaca satu artikel dari website BBC.

Kajian yang diterbitkan dalam Lancet Public Health mendapati berjalan 7,000 langkah sehari cukup untuk meningkatkan kesihatan otak dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti kanser, demensia, penyakit jantung, dan kemurungan.

Sasaran ini dianggap lebih realistik berbanding 10,000 langkah sehari yang popular, tetapi sebenarnya berasal daripada kempen pemasaran pedometer di Jepun pada 1960-an dan bukan berdasarkan bukti saintifik.

Analisis melibatkan lebih 160,000 orang di seluruh dunia menunjukkan, berbanding 2,000 langkah sehari, 7,000 langkah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 25%, kanser 6%, demensia 38%, dan kemurungan 22%.

Manfaat kesihatan juga dilihat pada jumlah serendah 4,000 langkah sehari, walaupun kelebihan tambahan bagi jantung wujud jika berjalan lebih daripada 7,000 langkah.

Pakar menegaskan jumlah tepat langkah tidak terlalu penting, kerana aktiviti fizikal lain seperti berenang, berbasikal, kerja rumah atau berkebun juga memberi kesan positif.

Bagi sesetengah individu seperti warga emas atau pesakit penyakit kronik, jumlah langkah yang lebih rendah tetap bermanfaat, asalkan aktiviti dilakukan secara konsisten.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Ketika sedang kira mahu tegakkan keadilan, secara tak sedar kita…