fbpx

Kisah Zaitun Industries

  • 9 months ago
  • 3Minutes
  • 527Words
  • 1277Views

Wah, wujud lagi brand ejen ni!

“Zaitun… Ku akui kesuciannya

Aneka jenis barangan bermutu”

Siapa yang ingat lagu jingle Zaitun ni, mesti dah berusia 40 tahun ke atas.

Nyaris tertukar dengan Colgate. Tempoh hari nampak ubat gigi ini di kedai runcit sekali dengan ubat gigi Colgate

Sekali tengok pada rak, memang tak perasan itu ialah Zaitun.

Lama juga tak nampak produk ini dalam pasaran. Dulu-dulu timbul desas-desus yang mengatakan bahawa ia diambil alih oleh bangsa asing yang tercabar dengan kehadirannya.

Memang popular khabar angur tersebut tapi realitinya adalah sebaliknya.

Ia berkenaan salah laku tatakelola. Bukan soal persaingan bisnes yang ingin menjatuhkan bisnes tersebut.

Zaitun Industri Berhad merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh pengasasnya, Dato Seri Hj Mohammad Eusuff Teh pada tahun 1978, dengan mengambil nama anak perempuannya.

Pada mulanya, syarikat ini menjadi peneraju produk halal muslim dalam sektor penjagaan diri dan kosmetik, dan berjaya mengeksport produknya ke pelbagai negara seperti Brunei, Singapura, dan Indonesia.

Salah satu produk yang amat diminati adalah ubat gigi zaitun, sehingga mengancam kedudukan Colgate Malaysia sebagai pemain lama dalam pasaran tersebut.

Prospek Zaitun Industri Berhad kelihatan cerah dengan harapan untuk terus maju ke hadapan.

Namun segalanya berubah apabila Zaitun Industri Berhad disenaraikan di papan kedua KLSE pada Jun 1997 oleh anak pengasasnya, Dato Mohd Kamal. Anggaran keuntungan yang diumumkan dalam prospektus adalah sebanyak RM5.7 juta, namun kenyataannya, syarikat ini mengalami kerugian sebanyak RM14 juta pada tahun kewangan yang sama.

Ini menunjukkan perbezaan yang ketara antara anggaran dan laporan sebenar.

Kerugian Zaitun Industri Berhad terus berlarutan dari tahun ke tahun.

Ekuiti pemegang saham yang asalnya bernilai RM41 juta pada tahun 1997 berubah menjadi defisit -RM29 juta pada tahun 2001.

Beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan Zaitun Industri Berhad adalah tadbir urus korporat dan tatakelola yang sangat lemah.

Terdapat transaksi yang melibatkan pihak-pihak berkaitan yang tidak mendapat persetujuan daripada pemegang saham, seperti pembelian tanah daripada pengarah syarikat yang juga merupakan pengarah dalam syarikat lain. Selain itu, terdapat juga perdagangan saham menggunakan pembiayaan margin tanpa pengungkapan yang mencukupi, menyebabkan kerugian besar kepada syarikat.

Masalah Zaitun Industri Berhad tidak terhad kepada tadbir urus korporat sahaja, malah merangkumi pengurusan dan model perniagaannya.

Syarikat ini menghadapi kesukaran dalam pengedaran produk melalui pengedar dan mencuba terlibat dalam perniagaan MLM untuk menyebarkan produk mereka.

Terdapat juga masalah dengan pemberian kredit jualan yang melampau longgar, di mana 95% daripada jumlah jualan berbentuk kredit. Syarikat ini malah mengambil pinjaman hutang yang melebihi jumlah jualan.

Skandal Zaitun Industri Berhad menyorotkan pelanggaran serius terhadap prinsip pendedahan dan ketelusan korporat, serta kegagalan lembaga pengarah untuk menjalankan tanggungjawab fidusiari mereka.

Pada era sebelum tahun 1998, banyak syarikat yang disenaraikan di KLSE adalah perniagaan keluarga yang tidak selalu memahami kepentingan ketelusan dan akauntabiliti kepada pemegang saham.

Selepas tahun 1998, terdapat perubahan dalam tadbir urus korporat yang diatur oleh MCCG2017 (Malaysian Code on Corporate Governance).

Persyaratan baru termasuk keterlibatan pengarah bebas dalam lembaga pengarah, pemisahan peranan pengerusi dan CEO, serta had masa jabatan bagi lembaga pengarah. Perubahan ini bertujuan untuk meningkatkan ketelusan, akauntabiliti, dan tadbir urus korporat dalam pasaran saham.

Maklumat di atas saya peroleh daripada Tuan ZaYed Zulfikli dengan rujukan : Lau, C. K., & Ooi, K. W. (2016). A case study on fraudulent financial reporting: evidence from Malaysia. Accounting Research Journal, 29(1), 4–19.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada beberapa perkara menarik sepanjang proses mediasi kami (saya dan…