Mengapa saya membawa kes ke TTPM

Apabila saya berkongsi pengalaman membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), tidak semua pihak selesa dengan penulisan tersebut.
Ada yang menuduh saya cuai dan ada juga yang menganggap saya tidak jujur dalam membuat tuntutan.
Saya perasan rasa tidak puas hati ini kebanyakannya datang daripada peniaga yang terlibat dalam bisnes berkaitan gajet.
Saya tidak menafikan ilmu teknikal mereka mungkin lebih tinggi berbanding saya. Namun apa yang saya kongsikan hanyalah pengalaman sebagai seorang pengguna.
Tujuan kes dibawa ke TTPM ialah untuk dinilai dan dihakimi secara adil oleh pihak berautoriti.
Jika benar sesuatu kerosakan itu mustahil berlaku tanpa kecuaian pengguna, maka bentangkanlah hujah tersebut di hadapan hakim. Biar hakim yang membuat penilaian dan keputusan secara saksama.
Perdebatan di media sosial tidak menyelesaikan apa-apa dan tidak membawa ke mana.
Untuk makluman, semua kes yang saya bawa melibatkan produk keluaran syarikat antarabangsa.
Kesemua produk tersebut masih berada dalam tempoh jaminan ketika isu berlaku.
Tiada satu pun kes yang melibatkan peniaga SME, kedai tepi jalan atau peniaga kecil.
Suka saya berkongsi satu lagi pengalaman lain, apabila berdepan masalah dengan seorang peniaga kedai gajet berkaitan screen protecter.
Screen protecter ini itu antara yang paling mahal pernah saya beli kerana dijamin tidak pecah walaupun diketuk dengan tukul.
Produk tersebut juga disertakan dengan tempoh jaminan yang jelas apabila jadi pelanggan.
Apabila berlaku kerosakan, permohonan saya untuk penukaran ditolak, hanya kerana saya tidak hadir ke kedai dalam tempoh jaminan.
Hakikatnya, kerosakan berlaku dalam tempoh jaminan dan saya mempunyai bukti bergambar dan dihantar dalam tempoh jaminan yang sah.
Namun hanya kerana saya tidak dapat hadir ke kedai dalam tempoh tersebut, hak saya dinafikan.
Sedangkan ketika itu negara berada dalam tempoh PKP dan saya mempunyai alasan yang kukuh.
Jika mengikut hak pengguna, kes ini sememangnya boleh dibawa ke TTPM. Namun saya memilih untuk tidak meneruskan tindakan tersebut.
Saya mengambil kira bahawa peniaga tersebut ialah peniaga kecil dan mungkin perniagaanya terjejas akibat PKP.
Dalam situasi tertentu, pertimbangan dan kebijaksanaan perlu berjalan seiring dengan hak pengguna.
Suber dari FB Afyan Mat Rawi

