Berlakon babak makan ketika Ramadan, bagaimana pula dengan kewajipan berpuasa?

Terkejut juga apabila tahu penggambaran telemovie ini dilakukan pada bulan puasa, dan ada pelakon yang makan ketika melakonkan babak ini.

Ini diakui sendiri oleh pelakon berkenaan dalam satu sesi podcast.

Selama ini kota menonton telemovie ini dengan rasa lucu, tapi selepas mengetahui hakikat perkara ini, jadi agak keliru, marah dan kesian.

Kenapa babak makan tidak dibuat di luar bulan puasa?

Adakah disebabkan “musafir”, mereka mengambil rukhsah berbuka?

Sebagai Muslim, berpuasa adalah ibadah wajib dan rukun Islam. Berlakon bukan alasan untuk meninggalkannya.

Daripada ia hanya diketahui oleh para pelakon dan krew, akhirnya ia terdedah secara terbuka dalam sesi podcast yang boleh ditonton oleh semua orang.

Berikut antara yang disebut dalam podcast

“Tapi, tapi, tapi… em ada jugalah artis-artis yang ‘Aduh macam mana ni? Kena makan betul ke apa?’ kan? [Audio sensored]… tak apalah, kita niat sajalah.

(Semua orang ketawa)

Ada yang buat mazhab sendiri pula! Mazhab mana tu? Macam best saja, boleh join?

Aduh… ha kan? Tapi itulah dia. Okey, saya ceritakanlah.

Saya makan, saya kemam makanan tu kan? Dan saya comot-comotkanlah. Ada tu pula yang mungkin ‘ngap’ tutup… dia tak nampaklah kalau dia buat makan ke tu… ada yang macam tu”

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment