Dua soalan mudah: Apa kesalahan Tamim dan Zamri, dan sejak bila mereka diburu?

Saya ada 2 soalan.

Soalan pertama; APA KASALAHAN TAMIM DAN ZAMRI?

Apakah kesalahan mereka berdua sebenarnya sehingga diburu seperti pengganas?

Adakah mereka menjalankan aktiviti keganasan macam LTTE?

Atau mereka menyebarkan ideologi Hidutva di Malaysia?

Nak kata mereka menyusup keluar dari sempadan negara, tidak.

Mereka keluar secara sah, tiba-tiba dikatakan lari dari Malaysia.

Soalan kedua; SEJAK BILA MEREKA DIBURU?

Adakah mereka diburu sejak sebelum ke luar negara?

JIKA YA,

Kenapa tidak ada hebahan langsung tentang perkara itu sebelum mereka ke luar negara?

Malah, jika benar mereka diburu sejak sebelum ke luar negara, kenapa maklumat itu tidak diberikan kepada imigresen?

Jika ia dilakukan, bukankah mudah untuk mereka ditangkap?

Dan selama ini mereka banyak kali dipanggil ke balai polis, kenapa tidak ditangkap ketika itu?

JIKA TIDAK,

Adakah mereka diburu selepas ke luar negara?

Kenapa tidak tunggu sahaja mereka balik Malaysia dan tangkap?

Bukankah ia lebih mudah? Tak perlu buat pengumuman, dan kemudian tangkap mereka apabila balik Malaysia.

Dah nak dekat raya ni, takkan mereka tak balik kampung kan?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment