Jualan pecah rekod dengan cabutan bertuah, tapi profil pemenangnya pula menimbulkan persoalan

Tempoh hari saya ternampak posting berkenaan jualan seorang usahawan yang berjaya mengalahkan rekod Khairul Aming.

Selepas itu baru tahu rupa-rupanya jualan tersebut dibuat dengan cabutan bertuah, dah sudah ramai ilmuan dan agamawan yang memberi ulasan isu tersebut.

Ada garis halus antara cabutan bertuah yang patuh syariah dengan cabutan bertuah yang menyerupai aktiviti judi.

Bab hukum-hakam berkaitan cabutan bertuah ini, saya serah kepada ahlinya untuk keluarkan hukum.

Tadi sudah diumumkan nama-nama pemenang dan saya terklik nama-nama yang dikatakan pemenang cabutan bertuah tersebut.

Ada 3 nama.

Nama pertama, profil penuh iklan kereta sambung bayar. Ada banyak iklan kereta berebza dengan background yang lebih kurang sama.

Nama kedua tak keluar tag dan tak dapat nak klik.

Nama ketiga pula lock profil dengan hanya ada 2 friend dan satu post.

Sesuatu yang sungguh mengikan…..

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment