Apabila PDRM menjadi bahan jenaka netizen, ia bukan sesuatu yang melucukan

Bukan sesuatu yang melucukan apabila posting medsos PDRM menjadi bahan lelucon dan jenaka oleh netizen

Jika pihak berkuasa sudah tidak dihormati, kepada siapa masyarakat boleh bergantung harap?

Apabila institusi penguatkuasaan dipandang ringan, mesej yang sepatutnya memberi kesedaran akhirnya hilang nilai dan tidak lagi diambil serius oleh masyarakat.

Keadaan ini berbahaya kerana undang-undang bukan sekadar tulisan di atas kertas, tetapi bergantung kepada kewibawaan pihak yang melaksanakannya.

Apabila kewibawaan itu terhakis, masyarakat akan mula merasakan bahawa peraturan boleh dipermainkan atau tidak perlu dipatuhi sepenuhnya.

Akhirnya yang rugi bukan sahaja pihak berkuasa, tetapi seluruh masyarakat yang memerlukan sistem keselamatan yang dihormati dan dipercayai oleh semua.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment