Perjalanan 20 tahun yang akhirnya menjadi sebuah aplikasi

Selepas kira-kira 20 tahun, Bijak Merancang Wang kini hadir dalam bentuk aplikasi.

Ia bermula dengan sebuah modul kewangan yang saya bangunkan sekitar tahun 2006.

Modul ini asalnya dijadikan bahan presentation setiap kali berjumpa dengan prospek pelanggan.

Ia juga dijadikan bahan ceramah dan perkongsian dalam kelompok kecil sebagai alumni untuk mahasiswa tahun akhir.

Juga dijadikan bahan konten di medsos dan boog.

Daripada situ modul ini dibangunkan sedikit demi sedikit.

Pada 2015, modul itu diperkenalkan dengan jenama baru Seminar Bijak Merancang Wang atau #SeminarBMW.

Ketika itu ia dijalankan secara fizikal dan dihadiri oleh peserta dari pelbagai latar belakang yang mahu memperbaiki kedudukan kewangan mereka.

Pada tahun yang sama juga, ebook Bijak Merancang Wang diterbitkan sebagai bahan rujukan untuk peserta seminar.

Apabila dunia mula berubah, BMW turut berubah.

Pada tahun 2020, lahirlah e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW iaitu versi digital kepada Seminar BMW.

Waktu ni PKP.

Peserta tidak lagi perlu hadir secara fizikal untuk mengikuti modul yang sama.

Dalam tahun yang sama juga, saya menerbitkan naskah digital Buku Manual Wang atau Blueprint Money & Wealth.

Fungsinya seperti buku latihan yang melengkapkan buku teks.

Belajar sahaja tidak cukup.

Perlu ada tempat untuk praktik.

Setahun kemudian, buku tersebut diterbitkan dalam bentuk fizikal.

Pada tahun 2021, buku Bijak Merancang Wang pula diterbitkan oleh PTS Publications.

Kemudian #eSeminarBMW dirakam semula dan dijenamakan semula sebagai Akademi Bijak Merancang Wang #AkademiBMW.

Dan hari ini, ia memasuki satu lagi fasa baharu.

Daripada modul.

Menjadi seminar.

Menjadi ebook.

Menjadi buku.

Menjadi akademi digital.

Dan kini menjadi aplikasi yang boleh diakses melalui gajet.

Apabila melihat kembali perjalanan ini, saya sendiri tidak sangka sejauh ini ia berkembang.

Dari sebuah modul yang dibangunkan sekitar tahun 2006 hingga menjadi sebuah aplikasi hari ini.

Jika ada satu pengajaran yang boleh saya kongsikan kepada sesiapa yang sedang membina sesuatu, ia adalah ini.

Jangan tunggu sempurna.

Jangan tunggu semuanya tersedia.

Mulakan walau tidak sempurna.

Kerana kesempurnaan selalunya datang selepas kita bermula.

Siapa nak jadi pengguna pertama aplikasi ini?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment