Acah-acah anti riba, sebenarnya culas bayar

Isu sebenar bangsa anti bank Islam ini, bukan nak perbankan Islam itu patuh syariah sangat pun.
Kononnya nak bebas riba. Yang mereka mahu ialah perbankan murah, bukan perbankan patuh syariah.
Sebab itu mereka suka apabila ada ustaz kata “cari bank konvensional yang paling murah”
Walaupun hujah seumpama itu tiada sandaran dalil Quran, Hadith, Qiyas dan ijmak ulama. Malah tiada juga dalam kitab-kitab ulama silam.
Hujah mereka, jika lebih rendah kadarnya, maka ia akan bebas riba.
Tidak ke pelik hujah itu?
Kontrak perbankan Islam, jika sama kadar dengan perbankan konvensional jadi riba. Tapi jika ia lebih murah daripada konvensional, tak jadi riba.
Sebab itu hutang-hutang yang kerajaan bagi selama ini banyak yang culas bayar. Contohnya hutang MARA, separuh tak bayar.
Walhal hutang MARA tu dah qardhul hassan dah tu. Itupun ramai yang culas bayar.
Acah-acah anti riba, tapi sebanarnya culas nak bayar hutang.
Apabila diminta bayar hutang, play victim dan acah-acah tertindas. Walhal diri sendiri yang menindas diri sendiri buat hutang.
Masa sign kontrak hutang tak riba. Selepas beberapa tahun rasa terbeban, terus jadi pakar usul fiqh dan muamalat
Haha!
Afyan Mat Rawi
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

