fbpx

Ada apa dengan blog?

Suatu hari ketika saya sedang meng’update’ blog yang jarang-jarang di’update’, seorang teman bertanyakan saya, “Afyan, apa awak dapat bila ada blog?”

Saya terdiam seketika sambil mengalihkan pandangan kepadanya. Inilah pertama kali saya ditanya dengan soalan demikian…

“Kepuasan”, jawab saya ringkas.

Dia nampaknya tidak puas hati dengan jawapan saya.

“Tapi kepuasan apa yang awak dapat?” tanyanya.

“Kepuasan apabila saya dapat update blog saya”, kata saya.

“Kenapa orang baca blog?” tanyanya lagi, mengalihkan topik daripada berbicara tentang saya berblog.

“Awak baca blog?”, tanya saya tanpa menjawab soalannya.

“Saya heran la dengan orang yang suka baca blog. Hari-hari bila masuk internet, terus baca blog orang”, katanya semacam mengeluh.

“Memanglah baca blog orang. Takkanlah baca blog kambing, sebab kambing tak pandai tulis blog”, kata saya melawak.

“Saya ada juga baca blog, tapi…. “, nampaknya lawak saya tadi tidak diberi perhatian. Sepatutnya sekurang-kurangnya dena tergelak, tapi takpelah :). Saya menanti sambungan keluhannya.

“….. Maaflah kalau saya katakan, saya nampak blog ni selalunya bercerita tentang aktiviti penulis blog itu sendiri. Menyampah saya membacanya”, agak terkejut saya dengan keluhannya kali ini. Adakah dia tuju kepada saya. Saya terus diam tanpa memberi respon.

“bila saya baca blog, cerita tentang dia bangun pukul berapa, makan apa hari ni, denmgan siapa dia jumpa, program apa dia buat, ke mana dia pergi…..”  keluhnya.

“Mmmm…..” saya berfikir sejenak, sebelum memberi respon.

“Bukankah al-quran juga diturunkan dengan bentuk cerita?”, soal saya.

“Eh, tapi…”, dia tidak meneruskan keluhannya.

“Di dalam al-Quran ada cerita-cerita nabi, cerita tentang akhirat, cerita kisah-kisah tauladan, bukan?”. kata saya.

“Bagi saya, cerita oleh penulis blog bukan perkara utama, tapi pengajaran tentang cerita tersebut adalah lebih penting”,  sambung saya sambil menanti respon daripadanya.

Memandangkan tiada respon daripadanya, saya menyambung lagi, “Lagipun kalau awak tak suka blog tersebut, awak tak perlulah baca, sebab blog tersebut milik pemilik blog berkenaan. Suka hati dialah hendak tulis apa, betul tak?”

Setelah beberapa ketika berlalu tanpa sebarang suara, saya berkata; “Awak ada blog? kalau belum, elok awak memulakannya”.

Saya menyambung kerja-kerja “update” blog. Nampaknya saya ada idea untuk update blog saya hari ini, terima kasih kawan! 🙂

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com