fbpx

Nama saya Afyan

  • 15 years ago
  • 2Minutes
  • 243Words
  • 603Views

Nama saya Afyan. Orang Arab sebut “Ismi Afyan”. Orang Inggeris kata, “My name is Afyan”. Bahasa jawa, “Jenengge Afyan”. Orang Hindustan sebut “Merenam Afyan”. Betul, nama saya Afyan.

Sehingga usia saya sekarang, yakni 27 tahun, belum pernah saya mendengar orang lain yang mempunyai nama yang sama dengan saya. Tak percaya, cuba taip â”Afyan” di dalam mana-mana search engine, tentunya tidak sukar untuk menemui blog ini. Nama-nama yang hampir sama memang ada, seperti Suffian, atau Supian. Namun nama Afyan, tidak pernah saya dengar. Kalau anda taip nama Amin, mungkin sukar untuk menemui www.aminidris.com . Begitu juga jika mencari www.fadzliyusof.com hanya dengan menaip Fadzli, tentu agak sukar untuk menemui blog berkenaan. (Tapi kalau taip pakdi, mudah berjumpa dengan www.pakdi.net 🙂 )

Mungkin disebabkan nama saya yang agak unik ini, nama saya mudah diingati oleh rakan-rakan saya dan guru-rugu saya semenjak daripada alam persekolahan lagi. Selain daripada itu juga, nama saya mudah diingati kerana ia selalunya akan terletak di bahagian paling atas dalam senarai nama, disebabkan ia bermula dengan huruf A dan kemudian F. Semenjak daripada pra-sekolah, kemudian sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti, nama saya tidak pernah melebihi daripada kedudukan ke-tiga di dalam senarai nama pelajar. Angka giliran saya untuk peperiksaan-periksaan utama sepanjang persekolahan seperti UPSR dan PMR tidak pernah melebihi angka giliran 0003. Nama-nama lain yang pernah mendahului saya hanyalah nama yang bermula dengan “Abdul” sahaja.

Selamat berkenalan dengan “Afyan”.

P/S: Kalau anda pernah mendengar sesiapa yang bernama “Afyan”, sila beritahu saya!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

7 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Disebabkan nama ini jugalah, dalam ujian-ujian yang mengikut giliran, saya…