fbpx

Ada Kejutan Dalam Pembentangan Belanjawan Kali Ini

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 366Words
  • 392Views

Saya baru balik dari Perak, program #SeminarBMW di sana sehari suntuk.

Di sana saya terima mesej. Dengar-dengarnya ada kejutan dalam pembentangan belanjawan kali ini.

Saya baru terima mesej ini tadi, berkenaan pengumuman yg bakal diumumkan kerajaan menjelang pembentangan Belanjawan 2020.

Memang ada banyak kejutan. Sekali baca macam “too good to be true”, tapi tidak mustahil ia akan dilaksanakan menjelang 2 tahun Malaysia Baru untuk meneutralkan persepsi rakyat Malaysia yang beranggapan sama sahaja Malaysia Lama.

Berdasarkan iklim politik semasa, parti pemerintah sanggup berbuat apa sahaja utk meraih kepercayaan rakyat utk kekal releven untuk memastikan Mereka kekal sehingga habis penggal.

Berikut ialah mesej tersebut;

“Berita baik untuk seluruh rakyat malaysia. Antara intipati Belanjawan 2020 yang akan diumumkan kerajaan:

1. Pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) dinaikkan kepada RM800 (Bujang) dan RM2,400 (Keluarga),

2. Harga petrol RON95 dan Diesel diturunkan sebanyak 60sen, manakala RON97 sebanyak 40sen,

3. Wang royalti minyak sebanyak 15% daripada keuntungan bersih tahunan syarikat carigali bertanggungjawab akan diberikan kepada kerajaan negeri yang terlibat,

4. Bantuan Kereta Harapan Malaysia (BAKHM) bakal diperkenalkan dengan bantuan bayaran deposit sebanyak RM5,000 untuk warganegara berumur 21 tahun ke atas yang tidak pernah memiliki kenderaan (Model Proton & Perodua sahaja),

5. Kadar faedah bank akan dikurangkan sebanyak 0.9% bagi kakitangan kerajaan dan 0.7% bagi kakitangan swasta swasta,

6. PTPTN akan dilupuskan secara berperingkat bermula dengan peminjam yang tamat pengajian dengan pencapaian PNGK 3.0 dan ke atas,

7. Graduan yang tamat pengajian dan telah menganggur melebihi 1 tahun akan diserap masuk ke sektor awam dibawah Skim Latihan Graduan Harapan Malaysia (SLaGH) dengan gaji permulaan sebanyak RM1,900

8. Ibu tunggal dan warga emas akan mendapat diskaun sebanyak 50% untuk setiap pembelian di Kedai Rakyat Harapan Malaysia (KERAH) yang menggantikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dengan konsep baru yang akan dibuka kembali kelak,

9. Diskaun sebanyak 40% diberikan kepada remaja berumur 18-25 tahun untuk pembelian motosikal berjenama Malaysia,

10. Bantuan RM10,000 utk membantu golongan muda menyediakan deposit melalui Skim Deposit Rumah Harapan Malaysia (SDARAH).

Berikut adalah antara intipati penting Belanjawan 2020 yang telah diberitahu oleh seorang pesakit mental Hospital Bahagia Tanjung Rambutan awal pagi tadi jika dia dipilih menjadi Perdana Menteri pada PRU akan datang.

😂😂😂😂😂😂😂😂.”

Nota: Saya pun terkena dari posting 2-3 tahun lepas dekat-dekat musim bajet dan diedit. Huhu. Apa kata kalau share juga? 

Afyan Mat Rawi
Hilang Stress Malam Jumaat

 

Sumber FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Khutbah tadi bertajuk “BIJAK MENGURUS KEWANGAN PERIBADI”. Antara point penting…