Adakah anda melabur dalam unit trust melalui KWSP?

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:30Views

Adakah anda melabur dalam unit trust melalui KWSP?

Tahukah anda, dalam portal i-akaun KWSP kita boleh melihat prestasi SEMUA dana-dana unit trust yang boleh dilaburkan melalui wang KWSP?

Tak tahu? Ish, ish, ish….

Tapi jangan risau, bukan anda sorang yang tak tahu. Memang ramai yang tak tahu dan tak diberitahu.

Ada yang pernah saya jumpa dah lebh 10 tahun melabur melalui KWSP pun tak tahu. Ada yang dah melabur sehingga 6 angka pun tak tahu kewujudan fungsi ini.

Fungsi ini sudah lama ada, dan KWSP sudah bantu para pencarum untuk membuat analisa berdasarkan banyak maklumat diberikan.

KWSP dah lama rancang, kita je yang lalai…..

Saya screenshot Top 10 dana unit trust patuh syariah yang memberi pulangan purata tahunan terbaik dalam masa 5 tahun.

Rujuk petak merah menegak dalam gambar. Ada yang setinggi 10% pulangan purata dalam masa 5 tahun dan yang paling minima adalah 6%.

Dalam senarai Top 10 ini terdiri daripada 8 syarikat unit trust berbeza seperti Hong Leong Investment, TA Investment Management, AmFunds Management, Pehim Unit Trust, PMB Investment, RHB Investment dan lain-lain.

Ada nama syarikat yang tidak dikenali pun, tapi mempunyai dana-dana-dana berkuaiti.

Malah dalam portal i-akaun ini juga memberikan maklumat penting untuk kita analisa seperti berikut;

Rujuk petak merah melintang pula.

1. Fund volatility:
– Tahap turun naik dana. Makin tinggi rating diberikan, makin tinggi tahap naik turun dana.
– Bermakna makin tinggi peluang keuntungan dalam masa sama makin tinggi risiko yang pelabur perlu bersedia.
– Ada yang setinggi melebihi 30% rating diberikan dan dikelaskan sebagai sangat tinggi risiko.

2. Fund Consistent:
– Screening KWSP meletakkan rating 1 hingga 5.
– Lagi tinggi rating diberikan bermakna lagi bagus prestasi sesuatu dana unit trust.

Ada lagi maklumat-maklumat lain yang dikongsi dalam portal i-akaun ini. Jika ada ramai yang nak tahu lebih lanjut, nanti ada masa saya akan kongsikan.

Daripada 10 dana Top 10 yang diberikan, mana dana yang rakan-rakan sudah invest?

Boleh kongsikan.

Panduan pelaburan melalui KWSP, rujuk

NOTA PENTING: Prestasi pelaburan di atas tidak menjamin pulangan masa hadapan. Kalau saya tahu dana mana yang bakal, saya gadai semua harta benda dan senyap-senyap labur sorang-sorang. Yang tahu masa hadapan hanyalah ALLAH.

Mohon insafff

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Tip kewangan paling agung 2022 19 tahun lepas saya grad,…