Advisory Approach
Antara perkara yang saya sangat tekankan kepada rakan-rakan konsultan di INFAQ Consultancy, ialah pendekatan menggunakan konsep “advisory approach” supaya kita berbeza dengan ejen lain di luar sana.
Masyarakat hari ini, terutama di kawasan bandar sudah mempunyai kesedaran yang lebih tinggi berbanding dahulu.
Sebelum seseorang prospek berjumpa kita selaku ejen, mungkin mereka sudah berjumpa dengan 10 ejen lain, dan membaca bermacam-macam tulisan tentang takaful melalui media sosial seperti FB dan blog.
Jadi apa yang membezakan kita dengan ejen lain.
Jawapnnya ialah: Advisory Aproach.
Konsep ini adalah konsep yang digunakan oleh “financial planner”.
Kali pertama saya pelajari konsep ini ialah pada tahun 2011 apabila saya mengikuti kelas Islamic Financial Planner (IFP).
Kemudian, konsep ini saya gunakan apabila bertemu dengan prospek dan kemudian saya bangunkan dalam modul INFAQ (Intelligent & Financial Quotient).
Dari situ, saya menubuhkan team INFAQ untuk mengrekrut perunding-pernding takaful baru supaya lebih ramai lagi mendapat manfaat melalui konsep ini.
Selepas 3 tahun saya mengumpulkan ahli team di INFAQ Consultancy, ini pertama kali saya anjurkan program terbuka khusus untuk menarik lebih ramai lagi konsultan baru menyertai INFAQ bagi team takaful ini.
Untuk makluman, di dalam INFAQ ada beberapa team dan setiap team diasingkan. Untuk program ini, khusus untuk team takaful INFAQ bersama Takaful IKHLAS.
Dalam program ini saya akan kongsikan peluang bisnes di INFAQ Consultancy sebagai perunding takaful.
Dalam program ini tidak akan saya ceritakan tentang rumah besar, kereta besar, wang besar. Jika ada yang berimpikan duit segera selepas menyertai bisnes takaful, bukan di sini tempanya. Anda boleh cari leader dan ejensi lain.
Saya tidak ada cara untuk kalian buat duit dengan cepat dan pantas dengan bisnes takaful. Mungkin ia ada di group lain, tapi bukan di sini.
Detail program di sini;
INFAQ Bussines Talk (Takaful)
30 Mac 2017
8:00 mlm
Pejabat INFAQ Consultancy, Medan Selayang.
Boleh PM m.me/afyan.ifp
FOC. Free Of Charge
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran