Akhirnya terbongkar: Kenapa kos rawatan tinggi bila guna medical card

Akhirnya, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kenapa kos rawatan di hospital swasta lebih tinggi apabila menggunakan medical card atau GL.
Ini susulan isu yang berbangkit di Parlimen dan dibincangkan dalam PAC berkenaan kenaikan sumbangan takaful dan premium insurans kesihatan.

Selama ini, ramai yang menyalahkan syarikat takaful dan insurans setiap kali berlaku kenaikan harga, tanpa menyedari bahawa caj hospital swasta yang melambung adalah punca utama.
Persoalannya sekaran, adakah isu ini akan selesai, atau sekadar jadi topik hangat seketika sebelum senyap begitu sahaja?
Baca posting terdahulu:
Perang dingin antara syarikat takaful / insurans dengan hospital swasta
Isu perbezaan harga kos rawatan hospital menggunakan medical card atau GL jika dibandingkan dengan bayaran tunai dibawa ke PAC Parlimen
Antara punca kenapa sumbangan takaful dan caruman insurans kesihatan meningkat, adalah disebabkan kos rawatan di hospital swasta lebih tinggi apabila menggunakan medical card atau GL
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran