fbpx

Akidah dan kewajipan zakat: Tegasnya khalifah Abu Bakar dalam menjaga syariat

  • 2 days ago
  • 2Minutes
  • 280Words
  • 28Views

Kewajipan umat islam dalam menunaikan zakat

“Kalau mereka rosak akidah dan perlu dihapuskan sekali rangkaian perniagaan mereka, maka rangkaian perniagaan orang bukan Islam pun patut dihapuskan atas alasan akidah”

Bro, nasib baik bro tak ada zaman Saidina Abu Bakar.

Saidina Abu Bakar adalah khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad (jom selawat atas baginda di hari Jumaat ini).

Selepas Nabi Muhammad (jom.selawat lagi), muncul golongan orang Islam yang enggan menunaikan zakat. Golongan ini masih lagi mengucap dua kalimah syahadat dan mengakui Islam.

Saidina Abu Bakar mengisytiharkan perang terhadap mereka, dan ketika itu Saidina Umar Al-Khatab berkata kepada Saidina Abu Bakar:

“Atas dasar apa engkau hendak memerangi mereka sedangkan Rasulullah bersabda “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia (kafir) sehingga mereka bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah pesuruh Allah.

Apabila mereka telah bersaksi demikian, mereka telah mengikat terhadap dakwah dan harta mereka daripadaku melainkan dengan haknya?”

Lantas Khalifah Abu Bakar jawab dengan tegas,

“Demi Allah, sekiranya mereka enggan membayar kepadaku zakat yang pernah mereka berikan kepada Rasulullah nescaya aku akan perangi mereka disebabkan keenganan mereka.

Sesungguhnya zakat merupakan hak harta. Demi Allah aku akan memerangi sesiapa yang memisahkan antara solat dan zakat.”

Khalifah Abu Bakar berkata demikian kerana Allah berfirman,

“Kemudian jika mereka bertaubat (daripada kekufuran) dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.” (At-Taubah: 5)

Lalu Saidina Umar menyetujui Khalifah Abu Bakar.

Nasib baik Bro tak ada zaman Khalifah Abu Bakar. Kalau Bro ada, mesti Bro bertegas dengan hujah di atas.

NOTA: Ini adalah sambungan daripada posting sebelum ini. Lihat di bawah

“Baiki akidahnya, tapi jangan buang bisnesnya”

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Baiki akidahnya, tapi jangan buang bisnesnya" Pandangan seumpama inilah punca…