fbpx

Aku, Kancil dan Bisnes

  • 10 years ago
  • 1Minute
  • 172Words
  • 356Views

Pengalaman Bisnes | Peristiwa ini terjadi pada tahun pertama saya menjalankan bisnes takaful pada 2009.

 

perodua-kancil

 

 

Ketika itu saya memulakan blog www.rahsiatakaful.com.

Saya menerima panggilan dari seorang prospek yang membaca tulisan di blog saya. Seorang profesional, yang bekerja di sebuah kawasan elit.

Ketika itu saya hanya memakai Kancil.

Pada hari pertama temujanji, saya memarkir kereta agak jauh. Maklumlah, kereta Kancil

Alhamdulillah, beliau bersetuju menjadi pelanggan dengan jumah yang agak besar lalu kami aturkan temujanji kedua.

Pada temujanji kedua juga, saya memarkir kereta agak jauh. Maklumlah, Kancil sahaja

Mengejutkan, dia membayar saya tunai. Jarang pelanggan bayar tunai jumlah sebegitu banyak, dan saya tidak bawa resit. Alhamdulillah, dia percayakan saya dengan menyerahkan sejumlah wang yang besar.

Selepas semua selesai, mengisi dan menandatangani borang, saya pun hendak beransur. Kebetulan, dia juga hendak beransur juga memandangkan sudah lewat petang.

Hendak dijadikan cerita, kereta Kancil yang saya parkir jauh tadi rupa-rupanya saya letak berdekatan dengan kereta beliau!

Dipendekkan cerita, beliau menjadi pelanggan setia sehingga sekarang walaupun ejennya hanya berkereta Kancil

Apa pengajaran yang kita perolehi?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Info RM | Melanggan takaful adalah untuk menghadapi situasi…