fbpx

Alfafa: Next Move (Finale)

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 259Words
  • 457Views

Selepas kes Alfafa tempoh hari, saya menerima respon pelbagai untuk merangka tindakan selanjutnya.

Ada yang mencadangkan saya saman balik sehingga Alfafa disiytiharkan bankrap / winding-up.

Tapi ada juga pandangan yang berbeza, kerana jika Alfafa diisytiharkan bankrap, langsung tiada peluang untuk pembeli untuk menuntut hak.

Jadi selepas berfikir semasaknya, ini perancangan saya.

Saya ingin kumpulan semua mangsa Alfafa yang mempunyai bukti kukuh dokumen dan semua transaksi terlibat, dan yang SANGGUP untuk keluarkan KOS untuk fight di mahkamah.

Saya ulangi, saya perlukan:-
1) MANGSA Afafa, sekurang-kurangnya 10 orang.
2) Mempunyai dokumen lengkap sebagai BUKTI
3) SANGGUP untuk keluarkan KOS untuk guaman sekurang-kurangnya RM5,000 seorang.

Perkara no 3 adalah sangat penting. Saya ingin bantu sesiapa yang sanggup membantu diri sendiri. Jika sanggup beli rumah tak logik dengan harga puluh-puluh ribu, RM5,000 untuk dapatkan balik hak adalah kecil.

Jika ada, tolong PM saya beserta dokumen terbabit.

Kemudian, saya akan kumpulkan dalam satu group untuk discussion.

Selepas itu saya akan buat pertemuan para mangsa dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.

Saya sebagai orang tengah untuk menemukan para mangsa dengan peguam untuk fight ke mahkamah.

Selepas bersetuju, para mangsa akan terus berurusan dengan peguam.

Ringkasan step:
1. KUMPULkan MANGSA yang cukup 3 syarat di atas
2. Adakan sesi PERTEMUAN antara mangsa-mangsa dengan peguam
3. Selepas itu, jika setuju para mangsa akan terus BERURUSAN DENGAN PEGUAM unutk urusan selanjutnya

Selepas sampai step 3, saya kira tamat sudah urusan saya dalam kes Alfafa. Selepas untuk saya perlu move on untuk perkara-perkara utama dalam hidup saya terutama family, bisnes dan sosial. Banyak perkara yang tergendala disebabkan perkara ini.

Sebagai tanda sokongan, komen “LAWAN!”.

Jika ada pandangan lain, saya alu-alukan.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
MasyaAllah! Donald Trump gantung gambar Masjidil Haram! Ketik LIKE supaya…