fbpx

Alternatif perlindungan pembiayaan perumahan: Pilihan antara MRTT dan Takaful Term

  • 5 days ago
  • 2Minutes
  • 282Words
  • 15Views

Dalam banyak situasi dalam pembiayaan perumahan bank, jumlah perlindungan MRTT tidak cover sepenuhnya hutang rumah.

Boleh baca contoh kes yang baru saya terima ini.

Pembeli berusia 39 tahun

Harga rumah RM200K

Tempoh hutang 31 tahun

Takaful MRTT hanya cover untuk 10 tahun sahaja, daripada 31 tempoh hutang. Maknanya selepas 10 tahun, dah tak ada coverage.

Ramai pembeli rumah tak perasan perkara ini.

Sepanjang pengalaman saya sebagai konsultan, majoriti kes pembiayaan perumahan bank memang tak cukup coverage MRTT.

Selalunya berlaku situasi salah satu berikut:

1. Tidak cukup tempoh pembiayaan (sebagaimana kes di atas), atau

2. Tidak cukup jumlah perlindungan.

Untuk situasi kedua, contohnya begini

Harga rumah RM200K

Tempoh hutang 31 tahun

MRTT cover hingga 31 tahun, tapi cover hanya 100K sahaja

Sangat sukar pelanggan yang mendapatkan takaful MRTT dengan perlindungan mengikut jumlah hutang dan tempoh hutang.

Kenapa begitu? Selalunya sebab isu bajet.

Jika jumlah perlindungan dan tempoh mengikut jumlah dan tempoh hutang, sumbangan takaful MRTT adalah lebih tinggi.

Sebagai alternatif kepada MRTT, sebenarnya kita boleh sahaja langgan term takaful (takaful beetempoh) atau kadang-kala ejen panggil hibah atau MLTT (kedua-dua istilah ini kurang tepat sebenarnya).

Lebih-lebih lagi jika kos MRTT dimasukkan dalam pembiayaan perumahan.

Sebab, sekiranya bayaran MRTT dimasukkan dalam ansuran bulanan, kos tersebut lebih berbaloi dengan melanggan takaful biasa, kerana;

– Boleh dapat coverage lebih tinggi dan ia TIDAK BERKURANGAN.

– Boleh tambah coverage tambahan untuk penyakit kritikal.

Contoh, coverage RM200,000 perlu bayar RM10,000 untuk MRTT jika bayar sekaligus tapi jika serap dalam ansuran jadi RM50++ sebulan.

Bajet yang sama, RM50 boleh dapat coverage RM200,000 jika gunakan produk term takaful dan coverage tersebut adalah kekal tidak berkurangan sebagaimana MRTT.

Apapun MRTT tetap ada kelebihan tersendiri.

Nampak tak perbezaan antara MRTT dan takaful term ini?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya ambil gambar ini daripada FB Dr Ustaz Zaharuddin Abd…