Analogi BMW vs Saga dalam takaful tak relevan dan mengelirukan
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/sebuah-kereta-jenama-produa-kancil-senang-meluncur-laju-di-atas.png?resize=678%2C509&ssl=1)
Kali pertama saya dengar ejen takaful guna hujah perbandingan takaful menggunakan analogi kereta BMW, Kancil, Saga ni kira-kira 10 tahun.
Tak sangka hingga ke tahun 2024 pun masih ada ejen takaful gunakan hujah begini.
Mungkin ada yang kata, mungkin ejen baru sahaja yang begitu. Harus diingat, ejen baru tersebut sudah tentu diajar oleh ejen yang lebih senior. Contoh macam posting ini, sudah 7 tahun jadi emas.
Analogi perbandingan takaful seumpama beli kereta ini tidak berapa relevan. Kalau jumpa ejen yang menggunakan cara promosi begitu, lari jauh-jauh.
Contoh kes ini, viral seorang pelanggan mengadu medical card beliau ditolak GL, kemudian datang ejen kompeni lain kongsikan perkara tersebut sebagai bukti bahawa produk takaful dengan harga “saga”, tak logik dapat manfaat “BMW”.
Katanya jangan percaya dengan offer tidak masuk akal. Walhal semua produk takaful di Malaysia dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia sebelum ia dipasarkan.
Ini sama macam baru-baru ini seorang ejen menggunakan hujah kompeni takaful mereka “lebih secure” berbanding yang lain.
Faktanya, medical card kompeni mana-mana pun ada situasi yang menyebabkan GL ditolak. Dalam kes yang viral ini pun pelanggan sudah dapat claim sebanyak 5 kali menggunakan medical card, hanya pada kali ke-6 sahaja GL ditolak.
Dalam hal seumpama ini, sebagai ejen tidak perlu sentap atau mengambil kesempatan untuk menaguk di air yang keruh. Malu dekat masyarakat di luar sana yang memerhati tindak-tanduk ejen takaful.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran