Antara Sebab Pentadbiran Pusaka Menjadi Rumit
Ramai yang menyangka harta yang kita kumpul sewaktu hidup akan difaraidkan dengan mudah selepas meninggal dunia oleh ahli waris.
Sebenarnya ia tidak begitu.
Betul faraid adalah hak, tapi ia perlu dituntut. Ia bukan proses automatik.
Pentadbiran harta pusaka dan pembahagian faraid akan menjadi begitu rumit jika tidak dirancang dengan betul.
Hanya yang pernah menguruskan urusan faraid ahli waris yang meninggal akan tahu betapa sukarnya.
Antara perkara yang selalu timbul ialah;
- Ahli waris tiada pengetahuan proses pentadbiran harta pusaka,
- Isteri ingin membuat tuntutan faraid dari harta arwah suami, mempunyai hubungan tidak baik dengan mertua dan ipar duai.
- Ipar duai yang bukan ahli waris, campur tangan dalam urusan pusaka.
- Anak-anak yatim yang tidak dipedulikan nasib mereka, selepas pakcik-makcik mereka dapat hak faraid masing-masing selepas kematian si ayah anak-anak tadi.
- Hutang piutang si mati yang perlu diselesaikan sebelum pembahagian faraidh. Waris hanya fikir hak mereka tanpa fikir hutang si mati yang perlu diselesaikan.
- Waris tidak mahu bekerja sama dan bertolak ansur,
- Jika ada anak bawah umur, mungkin berlaku perebutan penjagaan hak anak / hadhanah.
- dan lain-lain lagi.
Isu-isu ini dapat ditangani dengan baik apabila ketika hidup perancangan harta pusaka dirancang dengan baik.
Perancangan harta pusaka yg baik ialah dengan membuat dokumen perancangan pusaka atau wasiat bagi melantik pemegang amanah bagi mengurus dan mentadbir harta-harta pusaka yang bakal kita tinggalkan kelak.
Antara pihak yang boleh kita consult untuk perkara ini ialah peguam, wakil syarikat trustee atau perancang harta pusaka.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut ilmu pusaka atau menjadi perunding pusaka bersama INFAQ?Sila Sila klik link ini
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran