Apa Beza Ketiga-Tiga Ini
Dipetik dari FB Muhammad Udeen
Simpanan, perlindungan dan pelaburan: Apakah perbezaannya?
Siri 1
Sejujurnya masih ramai yang keliru dengan fungsi ketiga-tiga instrumen yang disebutkan juga mempunyai literasi kewangan yang masih rendah.
Ditambah dengan ejen syarikat perlindungan yang sentiasa menawar produk perlindungan sebagai tempat pelaburan, hal ini saya sendiri pernah lalui lebih kurang 7 tahun lepas. Disulam pula dengan kekurangan kemampuan untuk memahami ‘Product Disclosure Sheet’, lalu berterusanlah kekeliruan ini berlegar dalam masyarakat.
Ringkasnya, asas kepada simpanan adalah:
1) Tiada atau sangat minima kos.
2) Tiada risiko.
Jadi amat tidak sesuai kalau ada perunding atau ejen Unit Trust(UT) yang menyarankan untuk kita menyimpan di UT sebagai simpanan, kerana UT tidak terlepas dari risiko pelaburan.
Boleh sahaja untuk jadikan UT sebagai tabungan pembiayaan pendidikan anak kalau mula melabur dari umur anak yang masih kecil, itupun kena disusun dengan strategi sokongan. Mana tidaknya, buatnya masa nak gunakan dana pendidikan anak adalah waktu pasaran tengah menurun, tak ke terbantut matlamat awal kita?
Baik, pada satu keadaan lain pula, ada yang membandingkan pelaburan di ASB dengan pelaburan saham melalui akaun ‘Central Depositary System'(CDS).
Ini contoh perbandingan yang sangatlah tidak sesuai.
Kena faham asal penubuhan dan matlamat PNB ditubuhkan untuk apa, iaitu bagi menambah kekayaan serta pemilikan ekuiti oleh Bumiputera. Antara produk utama adalah ASB.
Sebelum saya terangkan mengenai apa masalah pada perbandingan ini, harus difahami dahulu tujuan utama pelaburan adalah untuk mendapat keuntungan yang boleh datang dalam 2 bentuk, iaitu ‘Income Distribution'(ID) dan ‘Asset Appreciation'(AA).
Ada pelaburan yang memberikan keuntungan dalam bentuk ID sahaja, dan ada yang dalam bentuk AA sahaja. Ada juga yang memberikan pulangan dalam kedua-dua bentuk keuntungan.
Di sini masalah pada perbandingan yang disebutkan sebelum ini. Pelaburan ASB hanya mendapat keuntungan dalam bentuk ID iaitu dividen, langsung tiada AA kerana harga seunit kekal RM1. Juga bermakna tiada risiko kerugian pada modal kita. Berbanding dengan saham, keuntungan boleh datang dalam bentuk ID dan AA, bergantung pada saham syarikat yang dibeli. Dan kita boleh rugi sepenuhnya kalau syarikat yang dibeli sahamnya dinyahsenarai.
Jadi kalau nak bandingkan juga kelebihan melabur saham berbanding di ASB, sertakan sekali dengan kekurangan dan risiko yang bakal dihadapi. Dan sifat pelaburan itu tidak dapat tidak mesti ada risiko kerugian. Kalau jumpa manusia yang mendakwa pelaburan pada skim atau syarikat dia tiada risiko, mudah sahaja nak tahu betul atau tidak. Semak sahaja dengan BNM dan SC.
Eh banyak lagi nak menulis sebenarnya pasal kewangan ni, tapi kalau tak rajin nak membaca dan berat nak fikir, boleh klik link dibawah untuk dapatkan video mengenai penerangan mengenai kewangan.
p/s gambar ihsan Google dari Majalah Labur.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran