fbpx

Apa yang boleh anda pelajari daripada kisah sontotan Lavida Coin?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 277Words
  • 235Views

Tahukah anda, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sudah berikan amaran tentang Lavida Coin sejak 2018 lagi?

Dari minggu lepas, skim Lavida Coin diperkatakan. Walhal benda ni masa mula-mula dilancarkan tahun 2018 dah kantoi, dah diberi amaran oleh SC, dah keluar dalam watch list BNM.

Dan seminggu dua ni ramai banyak pula yang mengadu kena tipu dengan skim ini.

Tapi masih ramai yang join dan sekarang tersontot dengan jayanya.

Untuk makluman, di Malaysia, tidak ada satu undang-undang yang serius dan berkesan untuk menangani scam sebegini.

Walhal, kalau pada tahun 2018 selepas BNM dan SC berikan peringatan dan pihak berkuasa terus mengambil tindakan tegas agar skim ini terus dihalang daripada terus menjalankan operasi, nescaya sekarang tidak ada kes penipuan.

Namun malangnya ia tidak berlaku. Skim itu masih berjalan dan collect duit pelabur tanpa lesen dan mengharap keuntungan selama 5 tahun.

Dari tahun 2018 hingga 2023, sudah 4 kali Perdana Menteri bersilih ganti, rupa-rupanya skim ini masih berjalan dan mencari mangsa.

Selagi mana ada orang yang bodoh, selagi itu la ada skim penipuan begini dan ada mangsa yang tersontot.

Jadi kita sebagai rakyat marhaen, jagalah duit anda sebaiknya supaya tidak kena tipu dengan skim-skim sebegini.

Pegang kemas-kemas prinsip ini:

  • Semua peluang buat duit, perniagaan dan pelaburan adalah scam, sontot dan merugikan kecuali dibuktikan sebaliknya.
  • Lebih baik terlepas menyertai pelaburan yang menguntungkan daripada tersilap menyertai pelaburan yang merugikan.

Pengalaman saya melawan scammer seperti Alfafa, ARBA, Mecca Fund sehingga pernah disaman, pernah kena ugut, pernah bonzer datang ke ofis ada ditulis dalam Buku Tersontot Di Pintu Shorga

Tak mahal pun harga buku ni, RM15 sahaja, tak termasuk postage.

Buku Tersontot Di Pintu Shorga
Buku Tersontot Di Pintu Shorga
Buku Tersontot Di Pintu Shorga

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berita bertajuk "Murid jana pendapatan sendiri jual kereta mainan" diambil…